Sunday, October 16, 2011

LiHaTLaH DeNGaN BiJaKSaNa...



Tika mana aku menukilkan bait-bait ini... Sebak di dada dan runsing di kepala. Macam-macam bende nak difikirkan, dari A sampai la ke Z... Allah... Penat, betol rasenyer. Macam-macam masalah ada, tapi teringat satu pesanan seseorang di dalam FB,

bila kita rasa kita diduga, bisikkan di hati bahawa dugaan ini sangat kecil... Ada lagi insan yang jauh lebih hebat diduga...

Tenang seketika...

Alhamdulillah, sepetang bersama alim ulama pondok yang datang menziarahi bumi Sheffield, membuatkan diri ini melihat dan berfikir akan segala perkara yang terjadi pasti datang dari kebijaksanaanNya.

Diberi analogi,

CABAI, CILI, LADA.. dll

andai kita hanya makan begitu sahaja, pasti kita akan rase pedas, tak tahan, mengalir airmata kerana kesakitan...

tetapi,

Apabila kita potong cili itu, tumbuk bersama belacan dan diperahkan sedikit limau, lalu dihidangkan bersama ikan bakar... Subhanallah, menangis juga kita, pedas, tapi tangan makin ligat menyuap nasi ke mulut bersama-sama cili dan ikan bakar. Menangis kerana nikmat.

Begitulah, apabila kita melihat dugaan hidup ini sebagai satu penyeksaaan, maka makin terseksalah kita.

tapi, apabila kita gaulkan ilmu yang kita terima, kefahaman yang ada bersama dugaan dan cabaran itu, kita melihat dugaan itu tidak lain tidak bukan suatu yang memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Kita semakin matang dalam hidup ini insyaAllah.

Allah uji kerna sayang.
Kerna rindu merdunya ratapan seorang hamba.
Merdu suara seorang hamba yang mengharapkan ihsan Penciptanya.

Sunday, September 25, 2011

Ku MeLiHaT, Ku MeRaSai, Ku BeRkOnGsi...



"No matter how many seas separate us,
I'm always standing by you,
Don't be afraid to advance,
Don't forget
We fight together... :)"

Naik bersawang blog ni. Adus...
Alhamdulillah aku diberi peluang membuang sawang-sawang ini dan memuatkan serba sedikit perkongsian. Mungkin tidak memberi kesan yang besar, tapi mema

dailah andai diri ini dapat berkongsi suatu.

Makin hari aku melihat cerita-cerita kat Malaysia (drama, movie dll) makin meluat dibuatnya. Hantu, Ganster, Hantu , Gangster... Bagi aku bukan hanya gelak tawa dan aksi yang dikejar semata-mata. Perlunya unsur yang mendidik jiwa dan pemikiran ditempatkan dalam cerita agar si penonton membuka mata dan memikirkan realiti hidup di dunia.

Aku sebenarnya sedikit kagum dengan cerita One Piece. Baru mengenali semenjak berada di bumi UK. Cerita kartun. (Ya, aku seorang peminat cerita-cerita animasi.) Tapi, nilai-nilai yang dibawa bersama bagi aku cukup memuaskan. ( perkarayang buruk-buruk jangan ikut :))


Taat kepada pemimpin
Hubungan antara saudara dan sahabat
Berpegang pada janji
Mempunyai impian
Tidak berputus asa
dll

Aku bukanlah nak mengatakan tidak ada nilai-nilai ni dalam c
erita-cerita Malaysia masa kini. Cumanya pembawaannya tidak memberi kesan ataupun tidak begitu ditonjolkan. Perlunya ada yang peka akan isu ini. Aku cukup setuju dengan kata-kata seorang ilmuan di UK yang menyatakan bahawa umat Islam pada masa kini tidak perlu memikirkan untuk membina masjid, umat Islam perlu memikirkan untuk memiliki media dan menguasainya. Kerna, dengan media, pelbagai mesej boleh disampaikan dengan mudah dan cepat. Allahualam.



Friday, February 18, 2011

SeNyUm SokMo ^_^



Pemuda : “Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati… ”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Sudah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA'.

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang…

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : BERCERMIN !!! hehe….

Sunday, January 23, 2011

BiLa HaTi iNi aLpA



Hati ini bukan organ semata-mata,
Aku lebih senang menyatakan bahawa hati ini adalah six sense ku...

Hati ini gusar kepada yang batil,
senang pula pada yang hak...

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."

Kerna, hati ini tidak pernah berbohong,
Andai hati ini berbohong maknanya hati ini sakit...

senang pada yang batil,
gusar pada yang hak.

Luka dan kotor yang tak nampak di x-ray,
tak mampu di kesan dek CT scanner...
namun hati ini tetap lemah dan tak berdaya...
pemilik hati ini,
sepatutnya sedar bahawa hatinya sedang sakit...
andai dia tidak sedar, sesungguhnya hatinya sudah mati.

Namun,
tidak ada penyakit yang tak mampu di sembuhkan,
sehinggalah ruh itu pergi menuju Ilahi.

Hati yang mati dihidupkan semula dengan nur hidayahNYa,
Hati yang sakit disembuhkan dengan mengingati Nya,
Namun, hati ini tidak mampu dihidupkan dan di sembuhkan;
andai pemilik hati ini berdiam diri semata-mata,
terbujur kaku mengharapkan Nur dan ubat dariNya,
dia meratapi kematian hatinya semata,
dia melihat kesakitan hatinya sahaja...

bangunlah wahai si pemilik hati,
carilah Nur dan ubat itu,
kerna hati itu amanah dariNya,

bila hati itu kembali sihat,
pemilik hati ini akan berkata,

"indahnya dunia walau jutaan badai melanda, Alhamdulillah"

kerna hati ini sudah terang visi dan misinya...(^-^)/

"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati."