Friday, March 5, 2010

BaN PeCaH



Rindu rasanya bila mengimbau kembali kenangan bersama saudara mara di kampong sebelah mak. Parit Hj Taib, Bagan Serai. Di situlah terletaknya rumah moyangku yang aku sendiri pun kurang pasti namanya tetapi aku lebih mesra memanggilnya MakNek (mak kepada nenekku). MakNek memang terbaik. Al Fatihah buat Maknekku yang telah meninggalkan aku pada umurku mencecah 10 tahun. Memang seronok, tak boleh digambarkan terutama waktu hari raya. Aku dan saudara maraku pasti ada sahaja projek yang ingin dilaksanakan. Memang seronok.

Kenangan itu terimbau acapkali aku menziarahi kakak nenekku di Parit Hj Abbas, Kuala Kurau.
Baru-baru ini, aku menziarahi kakak nenekku bersama keluargaku. Seronok melihat saudaramaraku ( sepupu mak). Umur mereka lebih kurang aku sahaja. Sebab tulah aku rapat dengan mereka.

Nak dijadikan cerita, aku dah lama tak mancing. Setahu aku, dekat Kuala Kurau ada banyak ikan sembilang. Petang itu juga aku mengajak saudaraku ke pesisir laut. Nak mancing. Saudaraku membawa aku ke suatu tempat bernama Ban Pecah.


Ban Pecah. Laut terbentang luas. Memang cantik. Ramai sangat orang.

Melihat ombak yang agak beralun kuat itu menyebabkan harapan untuk mendapatkan ikan amat tipis. “harapanlah nak dapat macam ni” hati ku berkata. Tidak sampai 15 minit aku memancing aku terus mengajak saudaraku untuk bersiar-siar sahaja di sepanjang persisir pantai itu. Kami bermotor. Memang sudah ada jalan khas disediakan untuk kenderaan, maka makin seronoklah kami bermotor di sepanjang pesisir laut tu.

Aku berkesempatan melihat matahari tenggelam di sana. Memang cantik.
Selepas puas bersiar-siar, aku dan saudaraku pulang ke rumah.
Aku menceritakan kisah kami bersiar-siar di Ban Pecah.
Kakak nenekku mula membuka cerita.

Ban Pecah.

Apasal nama tempat tu Ban Pecah? Asalnya kawasan itu adalah daratan. Laut yang terbentang luas itu rupanya ada daratan sebelum ini. Lebih kurang 200m dari pesisir pantai tadi. Kawasan tu, sebelahnya laut, sebelah bendang. Ada benteng dan tali air. Nak elakkan air laut masuk bendang. Patulah aku Nampak banyak tali air dekat situ. Tapi, ada satu tali air tu dekat tengah-tengah laut. Macam mana tali air tu boleh ada dekat situ?
Memang tali air tu asalnya dekat situ. Situlah tempat asal benteng pemisah laut dan bendang. Benteng itu penduduk di kawasan tu panggil ban. macam aku cakap mla-mula tadi. Kawasan tu mulanya daratan. Tapi macam mana boleh jadi laut ni???
Inilah dikatakan kuasa Allah. Allah Maha Adil. Dikatakan pada asalnya tempat tu adalah tanah anak yatim. Akibat kerakusan manusia pada harta, saudara(bapa saudara rasanya) si yatim itu mermpas tanah itu. Masyaallah. Akibatnya, Allah nak tunjukkan kuasa, maka ban yang sepatutnya menjadi benteng pecah. Maka, tanah daratan menjadi laut. Subhanallah.
Tapi sekarang, apa yang ku perhatikan, tempat tu dah jadi lubuk maksiat. Maklumlah pemandangan cantik lagi-lagi dekat-dekat senja. Macam-macam kerenah manusia. Adakah ban baru ini kan pecah kembali disebabkan perbuatan manusia??? Allahualam... sama-sama tingkatkan ibadat.