Tak sabar nak main bola dengan kekawan petang ni...
Mesti seronok habis lah...
Nak lawan dengan budak- budak kampong sebelah...
Semalam menang, hari ni tak tau pulak...
Nak je rasenye belasah bebudak kampong sebelah 7-0... hahaha...
Macamnilah rase gembira tak terkata di suatu petang dan waktu serta tarikhnya tak diketahui pula...
Tak di sangka pula... ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya, hujan juga petang tu...
“ Alamak hujan pulak petang ni… bengang betol la…” aku bercakap seorang diri sambil baring di atas kerusi panjang dan merenung jauh ke luar rumah memerhatikan titis-titis hujan yang begitu menghampakan diri ini….
“ Hang marah kat sapa ni?”. Satu suara muncul tanpa diduga. Garaunya semacam. Tegasnya lain macam jugak… kata-kata itu bagaikan menampar diri ini berjuta kali. Diam seribu kata… tak tau nak cakap apa.. tunduk malu… tak sanggup nak menghadap muka abah.
Ungkapan seorang ketua keluarga yang tidak punyai ilmu agama seperti mufti itu membuatkan hati mengenal kembali diri yang hina ini.
“Ya Allah, apa yang aku cakap tadi…” hatiku berkata, sesalan yang tidak terhingga…
Adakah sesalan itu suatu sesalan yangdisebabkan kerana takutkan abah semata-mata atau hadir luhur dari sanubari ini..
Allahualam…
Abah, kau memang bijak memberi nasihat kepada anak mu ini,
Adakah aku akan jadi seperti mu kelak? Maksudku tanggungjawab sebagai amir dalam keluargaku nanti… memberi nasihat dengan bijaksana walau ilmu itu sedikit tetapi rasa tanggungjawab menyampaikan suatu yang hak itu mengatasi segalanya…
Terima kasih abah.
Sejak itu, aku mula belajar erti mensyukuri nikmat Ilahi yang tak terhingga ini. Rupanya, hujan tu Allah turunkan untuk hambanya yang lain… rumput, pokok, serangga dan lain-lain lagi… makhluk-makhluk Allah ni perlukan air setelah berpanas sekian lama. Nikmat untuk mereka…
Tapi, macam mana dengan aku pulak???
Dengan hujan tulah aku dapat rasa sejuk sepanjang petang yang panas teriknya membahang dari pagi tadi. Air yang mengalir tulah tumbuhan guna untuk hidup dan aku pula makan hasil dari tumbuhan-tumbuhan tadi… manelah tahu, kalau tak hujan dan aku main bola sampai ada sesuatu yang tak diingini berlaku…
“kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2: 216)
Subhanallah… Alhamdulillah…
Sakit, hujan, panas, ribut, sedih, kemarau,…. Semua ni nikmat Allah…
Kekadang kita rasa tak berguna pun dan juga menyusahkan, tapi, disebaliknya mana kita tahu…
Bila kita syukur nikmat Allah, Allah akan tambah berganda-ganda lagi…
“ dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras ” (14: 7)

0 comments:
Post a Comment