Assalamualaikum...
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, emosi semacam tidak begitu stabil...
Alhamdulillah hampir semua tugasan di KMB ini sudah selesai...
Jadi, masa yang tinggal ini sepatutnya diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran...
“pulun sampai habis”
Natijahnya... kadang-kala diri berasa penat...
Maknanya perlukan rehat... belajar sampai tidak ingat dunia sememangnya tidak akan membuahkan hasil andai diri dalam keadaan tidak bermaya... otak sudah tidak mampu untuk meneruskan tugasnya menganalisa baris-baris nota mahupun sebarang latihan...
Otakku sudah letih.. sangat letih...
Ia perlukan rehat..
Andai diteruskan, kebarangkalian aku melakukan kesilapan di bawah sedar adalah sangat tinggi.
Otakku tidak mungkin mampu berlaku adil dalam setiap pertimbangan walaupun jasadnya berkobar-kobar mempertahankan erti keadilan itu.
Ternyata otakku suadh penat dan perlukan rehat...
Hal ini kerana kadangkala aku tidak mampu lagi membuat keputusan bil hikmah...
Hari Selasa, 23/2/2010
Aku menyatakan hasratku kepada rakan sekelas untuk makan tengahhari pada pukul 12.30pm kerana malas hendak makan pada pukul 2.20pm disebabkan rasa ingin berehat pada waktu itu sebelum bermulanya kelas fizik pada pukul 3.00 pm.
Ketika itu aku masih dalam kelas TOK... guruku hanya berbual kosong kerana subjek TOK sudah hampir selesai.. Jam di tangan 12.35pm... “Tinggal lima minit lagi sebelum subjek agama” hatiku resah berkata. Tatkala berakhirnya sembang kosong itu, aku mengajak rakan ku yang lain untuk turut serta makan tengahhari. Rakan yang ku nyatakn hasrat terdahulu itu berada di perpustakaan. Dalam fikiranku dia sudah pasti berada di dewan selera. Aku mengejar masa yang singkat itu untuk ke dewan selera.
Rakan ku yang di perpustakaan itu tidak ada di dewan selera..
“Takpalah, tak ada rezeki dia, makan pukul 2.20pm la gamak nya dia kang”. Aku berkata kepada rakanku yang mengiringiku ke dewan selera...
Selesai makan, aku masuk ke kelas semula. Lewat 5 minit. Alhamdulillah ustazah baru sahaja masuk.
Aku lihat rakanku yang berada di perpustakaan sebelum ini sudah ada di dalam kelas. Aku nyatakan kepadanya aku sudah makan.
Ternyata, dia agak marah sebab aku melupakan dia... bukan aku nak lupakan, tapi tidak cukup masa nak bagitahu... maklumlah tempat lain-lain. Rakan-rakanku yang lain yang mana “satu kepala” agaknya dengan aku turut berang... mereka marah-marah tension sahaja... maklumlah.. terlepas peluang hendak makan awal...
Riuh-rendah dalam kalangan rakan-rakanku menenceritakan tindak-tandukku yang mana bagi mereka tidak “adil” itu menyebabkan aku menjadi berang juga. Sudahlah penat berkejar masa. Sampai kat kelas pula kena “pangkah”.. marah betul aku.. tatakala itu juga ustazah mengarahkan aku memberi sedikit tazkirah seperti mana kelaziman sebelum bermulanya pelajaran agama islam.
Aku mendapatkan buku hadis dari salah seorang rakan ku dan mencari mana-mana hadiyang sesuai agar dapat ku gunakan untuk “memangkah” kembali rakan-rakanku yang bengang dengan aku sebelum ini.
Dapat.
Hadis pasal marah. Isi kandungannya, nabi menyuruh kita jangan marah. Rakan-rakanku yang lain terdiam. Nampaknya aku berjaya. Aku duduk kembali di kerusiku setelah memberi tazkirah. Aku rasa tidak tenang. Aku terinagt kembali tujuan kenapa aku memberi tazkirah. Ya Allah, aku dah tersilap. Niatku sudah tidak betul. Aku yakin bahawa aku tida sengaja kerana aku dalam emosi. Emosiku ketika itu tidak stabil. Ternyata aku tidak berhikmah.
Khamis, 25/2/2010.
Aku terima e mail yang kuharapkan mampu menggembirakan aku. Aku buka email itu dan baca. Ternyata aku kecewa. Isi kandungan yang begitu jarang kuterima membuatkan aku terdiam. Kecewa. Setelah penat memerah otak menjawab soalan-soalan math, aku di kejutkan dengan e mail yang begitu mengecewakan itu. Latas aku menaip untuk menyatakan kekecewaan itu. Petang itu aku berasa kecewa. Aku terlelap dalam kekecewaan.
Aku terjaga dan bersiap untuk ke dewan selera berbuka puasa. Setelah berbuka dan solat aku berehat bersama rakan ku yang lain di bawah pondok berhampiran dengan surau. Aku teringat kembali email petang tadi. Aku berasa tidak tenang, ternyata keputusan ku menyatakan kekecewaan itu berdasarkan emosi semata-mata. Aku terlalu penat petang itu. Aku yakin isi kandungan email yang kuterima petang tadi adalah suatu yang tidak mengecewakan dan sepatutnya menambahkan motivasiku. Sekali lagi tindakanku tidak bil hikmah.
Secara tuntasnya, akal yang letih menyebabkan aku tidak mampu bertindak secara rasional. Emosi ketika itu hebat meguasaiku. Ternyata aku tewas ketika itu.
Justeru, akan ku cuba menjadi lebih matang.....

yap. btol tue. keadaan yg penat menyebakan kite berada dlm situasi begitu. insyaALLAH, dengan pengurusan emosi yg betul, kite dpt mengawalnye walaupun dlm keadaan apa skali pun. same2 kite beramal, ingt-mengingati, berilmu, berbaik dan memaafkan.
ReplyDeletesalam