Thursday, February 25, 2010

BiL HiKmAh




Assalamualaikum...

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, emosi semacam tidak begitu stabil...

Alhamdulillah hampir semua tugasan di KMB ini sudah selesai...

Jadi, masa yang tinggal ini sepatutnya diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran...

“pulun sampai habis”

Natijahnya... kadang-kala diri berasa penat...

Maknanya perlukan rehat... belajar sampai tidak ingat dunia sememangnya tidak akan membuahkan hasil andai diri dalam keadaan tidak bermaya... otak sudah tidak mampu untuk meneruskan tugasnya menganalisa baris-baris nota mahupun sebarang latihan...

Otakku sudah letih.. sangat letih...

Ia perlukan rehat..

Andai diteruskan, kebarangkalian aku melakukan kesilapan di bawah sedar adalah sangat tinggi.

Otakku tidak mungkin mampu berlaku adil dalam setiap pertimbangan walaupun jasadnya berkobar-kobar mempertahankan erti keadilan itu.

Ternyata otakku suadh penat dan perlukan rehat...

Hal ini kerana kadangkala aku tidak mampu lagi membuat keputusan bil hikmah...

Hari Selasa, 23/2/2010

Aku menyatakan hasratku kepada rakan sekelas untuk makan tengahhari pada pukul 12.30pm kerana malas hendak makan pada pukul 2.20pm disebabkan rasa ingin berehat pada waktu itu sebelum bermulanya kelas fizik pada pukul 3.00 pm.

Ketika itu aku masih dalam kelas TOK... guruku hanya berbual kosong kerana subjek TOK sudah hampir selesai.. Jam di tangan 12.35pm... “Tinggal lima minit lagi sebelum subjek agama” hatiku resah berkata. Tatkala berakhirnya sembang kosong itu, aku mengajak rakan ku yang lain untuk turut serta makan tengahhari. Rakan yang ku nyatakn hasrat terdahulu itu berada di perpustakaan. Dalam fikiranku dia sudah pasti berada di dewan selera. Aku mengejar masa yang singkat itu untuk ke dewan selera.

Rakan ku yang di perpustakaan itu tidak ada di dewan selera..

“Takpalah, tak ada rezeki dia, makan pukul 2.20pm la gamak nya dia kang”. Aku berkata kepada rakanku yang mengiringiku ke dewan selera...

Selesai makan, aku masuk ke kelas semula. Lewat 5 minit. Alhamdulillah ustazah baru sahaja masuk.

Aku lihat rakanku yang berada di perpustakaan sebelum ini sudah ada di dalam kelas. Aku nyatakan kepadanya aku sudah makan.

Ternyata, dia agak marah sebab aku melupakan dia... bukan aku nak lupakan, tapi tidak cukup masa nak bagitahu... maklumlah tempat lain-lain. Rakan-rakanku yang lain yang mana “satu kepala” agaknya dengan aku turut berang... mereka marah-marah tension sahaja... maklumlah.. terlepas peluang hendak makan awal...

Riuh-rendah dalam kalangan rakan-rakanku menenceritakan tindak-tandukku yang mana bagi mereka tidak “adil” itu menyebabkan aku menjadi berang juga. Sudahlah penat berkejar masa. Sampai kat kelas pula kena “pangkah”.. marah betul aku.. tatakala itu juga ustazah mengarahkan aku memberi sedikit tazkirah seperti mana kelaziman sebelum bermulanya pelajaran agama islam.

Aku mendapatkan buku hadis dari salah seorang rakan ku dan mencari mana-mana hadiyang sesuai agar dapat ku gunakan untuk “memangkah” kembali rakan-rakanku yang bengang dengan aku sebelum ini.

Dapat.

Hadis pasal marah. Isi kandungannya, nabi menyuruh kita jangan marah. Rakan-rakanku yang lain terdiam. Nampaknya aku berjaya. Aku duduk kembali di kerusiku setelah memberi tazkirah. Aku rasa tidak tenang. Aku terinagt kembali tujuan kenapa aku memberi tazkirah. Ya Allah, aku dah tersilap. Niatku sudah tidak betul. Aku yakin bahawa aku tida sengaja kerana aku dalam emosi. Emosiku ketika itu tidak stabil. Ternyata aku tidak berhikmah.

Khamis, 25/2/2010.

Aku terima e mail yang kuharapkan mampu menggembirakan aku. Aku buka email itu dan baca. Ternyata aku kecewa. Isi kandungan yang begitu jarang kuterima membuatkan aku terdiam. Kecewa. Setelah penat memerah otak menjawab soalan-soalan math, aku di kejutkan dengan e mail yang begitu mengecewakan itu. Latas aku menaip untuk menyatakan kekecewaan itu. Petang itu aku berasa kecewa. Aku terlelap dalam kekecewaan.

Aku terjaga dan bersiap untuk ke dewan selera berbuka puasa. Setelah berbuka dan solat aku berehat bersama rakan ku yang lain di bawah pondok berhampiran dengan surau. Aku teringat kembali email petang tadi. Aku berasa tidak tenang, ternyata keputusan ku menyatakan kekecewaan itu berdasarkan emosi semata-mata. Aku terlalu penat petang itu. Aku yakin isi kandungan email yang kuterima petang tadi adalah suatu yang tidak mengecewakan dan sepatutnya menambahkan motivasiku. Sekali lagi tindakanku tidak bil hikmah.

Secara tuntasnya, akal yang letih menyebabkan aku tidak mampu bertindak secara rasional. Emosi ketika itu hebat meguasaiku. Ternyata aku tewas ketika itu.

Justeru, akan ku cuba menjadi lebih matang.....

Tuesday, February 9, 2010

SeBaK @ SaBAr @ KeDuA-DuAnYA



8 Februari 2010... bermula 10.30 malam...

Terjaga... terlelap... terjaga... terlelap...
“ Alamak, penatla macamni… Esok petang aku nak jawab ape ni???”.
Rasa mengantok begitu menghantui aku sejak kebelakangan ni…
Setelah satu jam setengah menjamah baris-baris nota fizik yang kebanyakkannya bagaikan karangan yang panjang lebar, di tambah pula tajuk yang dibaca merupakan “option topic” yang baru dipelajari bulan lepas menjadikan mata ini makin menjadi-jadi…
Esok petang ada ujian Fizik…

Hahaha….
Rasa nak tergelak pun ada, bukan apa, risau semacam… makin lama belajar Fizik ni makin pelik jadinya… betul lah ape yang Imam Syafie cakap, “makin banyak ilmu ku, makin jahil aku” lebih kurang macam tu lah ayatnya… bagi aku, aku menafsirkan bahawa semakin banyak ilmu yang dipelajari, makin banyak ilmu yang kita kena tahu…

“ Today is a red letter day”

Saja masukkan “idiom”…
Alhamdulillah… Allah bantu aku dalam meneruskan hidup ini…
Pemergian seseorang ke medan pertempuran ilmu yang jauh di mata membuatkan hati ini sering cemas … tak tahu kenapa… tapi hati mengatakan bahawa itu adalah fitrah manusia…
Sebelum tibanya hari ini, aku mempersiapkan diri dengan suatu bekalan yang kurasakan amat penting dalam membantu aku meneruskan hidup sebagai hamba Nya agar aku tidak terus lemas dalam godaan syaitan laknatullah …

“berlapang dada dan yakin pada Allah”

Untuk itu, aku tekad bahawa melayani kesedihan dalam tempoh waktu yang lama tidak mampu membantu sesiapa pun, malahan akan membawa kepada kemudharatan… untuk itu, doa adalah kiriman yang paling bermakna bagiku untuk mujahid yang sedang berperang…

“Nazrul tak nangis ke???”

Aku pun tak tahu kenapa, aku berasa tenang dalam menghadapi hari ini…
sedikit sebak tu mungkin aku tak dapat nak bohong...
(mungkin dah tak larat nangis kot… hahaha)

Alhamdulillah… inilah rahmat Nya…

Kuharap agar keyakinan aku pada rahmatNya ini bertahan lama dan tak akan pernah pudar…
Kerana syaitan itu sungguh licik dan kejam…

Sekali lagi… bersama mantapkan iman, akidah, ibadah , akhlak.. tidak putus berdoa…
Berpesan-pesan kepada kebenaran, berpesan-pesan kepada kesabaran…

Perancangan keluarga-keluargaku untuk menghantarku ke KLIA dalam tempoh 6 bulan lagi agar dapat ku menjadi mujahid di England pula, insyaalllah, akan ku tunaikan juga…

Untuk itu, perjuangan perlu diteruskan…
Yakinlah pada Allah…
“la tahzan innallaha ma’ana” (potongan ayat 9:40)
Alllahhualam…”,

Saturday, February 6, 2010

SemUaNya niKmAt


Tak sabar nak main bola dengan kekawan petang ni...

Mesti seronok habis lah...

Nak lawan dengan budak- budak kampong sebelah...

Semalam menang, hari ni tak tau pulak...

Nak je rasenye belasah bebudak kampong sebelah 7-0... hahaha...

Macamnilah rase gembira tak terkata di suatu petang dan waktu serta tarikhnya tak diketahui pula...

Tak di sangka pula... ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya, hujan juga petang tu...

“ Alamak hujan pulak petang ni… bengang betol la…” aku bercakap seorang diri sambil baring di atas kerusi panjang dan merenung jauh ke luar rumah memerhatikan titis-titis hujan yang begitu menghampakan diri ini….

“ Hang marah kat sapa ni?”. Satu suara muncul tanpa diduga. Garaunya semacam. Tegasnya lain macam jugak… kata-kata itu bagaikan menampar diri ini berjuta kali. Diam seribu kata… tak tau nak cakap apa.. tunduk malu… tak sanggup nak menghadap muka abah.

Ungkapan seorang ketua keluarga yang tidak punyai ilmu agama seperti mufti itu membuatkan hati mengenal kembali diri yang hina ini.

“Ya Allah, apa yang aku cakap tadi…” hatiku berkata, sesalan yang tidak terhingga…

Adakah sesalan itu suatu sesalan yangdisebabkan kerana takutkan abah semata-mata atau hadir luhur dari sanubari ini..

Allahualam…

Abah, kau memang bijak memberi nasihat kepada anak mu ini,

Adakah aku akan jadi seperti mu kelak? Maksudku tanggungjawab sebagai amir dalam keluargaku nanti… memberi nasihat dengan bijaksana walau ilmu itu sedikit tetapi rasa tanggungjawab menyampaikan suatu yang hak itu mengatasi segalanya…

Terima kasih abah.

Sejak itu, aku mula belajar erti mensyukuri nikmat Ilahi yang tak terhingga ini. Rupanya, hujan tu Allah turunkan untuk hambanya yang lain… rumput, pokok, serangga dan lain-lain lagi… makhluk-makhluk Allah ni perlukan air setelah berpanas sekian lama. Nikmat untuk mereka…

Tapi, macam mana dengan aku pulak???

Dengan hujan tulah aku dapat rasa sejuk sepanjang petang yang panas teriknya membahang dari pagi tadi. Air yang mengalir tulah tumbuhan guna untuk hidup dan aku pula makan hasil dari tumbuhan-tumbuhan tadi… manelah tahu, kalau tak hujan dan aku main bola sampai ada sesuatu yang tak diingini berlaku…

“kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2: 216)

Subhanallah… Alhamdulillah…

Sakit, hujan, panas, ribut, sedih, kemarau,…. Semua ni nikmat Allah…

Kekadang kita rasa tak berguna pun dan juga menyusahkan, tapi, disebaliknya mana kita tahu…

Bila kita syukur nikmat Allah, Allah akan tambah berganda-ganda lagi…

“ dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras ” (14: 7)