Friday, December 31, 2010

IbRaH JUMS & SeLaMaT TaHuN BaRu !



minggu lepas baru pulang menghadiri JUMS (jalinan ukhwah musin sejuk) di Glasgow, Scotland.
banyak perkara mnarik yang berlangsung dan lebih suka saya ingin mengambil salah satu perkara yang begitu menarik perhatian saya di JUMS.

Di JUMS, cuaca sangat sejuk... lebih kurang -7 C..
tapi, ada satu disiplin yang perlu dilaksanakan oleh para peserta JUMS...
Para peserta tidak dibenarkan melakukan 3 perkara sepanjang program berlangsung;
  1. tidak dibenarkan memasukkan tangan kedalam mana-mana kocek @ poket
  2. tidak dibenarkan berpeluk tubuh
  3. tidak dibenarkan bercekak pinggang
andai di buat maka kene starjump 10 kali... maka denda perlu dibuat dengan ikhlas kerana kem komanden kata " ini urusan Antum dengan Allah"

Ya Allah.. sejuk tu... tapi kenapa mesti 3 perkara ni???

bila fikir balik, inilah dinamakan mujahadah...
Aku merasakan 3 perkara di atas sangat seronok dibuat pada waktu sejuk-sejuk macam ni...

tapi.. lagi sekali.. inilah mujahadah ku...

aku boleh ja melanggar perintah, tapi aku kene buat starjump...

aku boleh jer tak buat starjump... Tapi! Allah itu Maha Mengetahui...

inilah konteks mujahadah ku di JUMS...
memberi gambaran bahawa walau suatu perkara itu seronok di lakukan, walaupun aku tidak sengaja.. tapi aku perlu ingat bahawa aku di lingkungan pemerhatianNya...

Rasulullah pernah bersabda; (lupe hadith tapi point ada)

"Allah akan menggantikan kaum yang tidak pernah melakukan dosa dengan kaum yang melakukan dosa lalu kemudian mereka bertaubat"

Allah sukakan hambaNya yang bertaubat...

Kita sebagai manusia memang fitrahnya pelupa... lalu Allah kurniakan ihsanNya dan kasihNya kepada hamba-hambaNya dengan taubat.

Kita sebagai manusia memang suka bergaul mesra, bergambar bersama, beramah mesra... Allah tidak melarang tetapi adanya komitment dalam diri kita untuk memelihara diri kita dari fitnah manusia sendiri... sentiasa merasakan diri ini diperhati... perlunya berhati-hati...

manusia ini memerhati tetapi pemerhatiannya terhad...
ingatlah Allah juga memerhati dan Allah Maha Melihat...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (2:286)

semoga kita semua ambil ibrah dan saling berpesan kepada kebenaran serta kesabaran...

Selamat Tahun Baru 2011 dari saya... azam yang terbaik ",

Wednesday, December 29, 2010

SePeTaNG BeRSaMa TGAH @ SheFFielD




Alhamdulillah...
Berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat figure ulama yang tidak asing lagi,
Tuan Guru Abdul Hadi Awang...
di bumi Sheffield.

bukan untuk bercerita perihal politik,
tetapi lebih kepada perkongsian kerana ucapan yang diberikan oleh TG hendaklah kita teliti secara professional.

Pada malam tadi,
TG banyak menerangkan peranan PAS dalam masyarakat dan negara
di sini saya nyatakan beberapa isi penting yang dapat saya kongsikan:
  1. Pendirian PAS dalam politik iaitu politik adalah sebahagian daripada Islam dan bukan Islam sebahagian daripada politik.
  2. Kepentingan sebuah daulah islamiyyah.
  3. Keterbukaan PAS dalam menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia iaitu dengan bermuzakarah bersama parti atau persatuan lain khususnya UMNO.
  4. Stratergi dakwah PAS dalam politik iaitu dengan lebih fokus kepada Adun daripada Parlimen kerana PAS ingin menunjukkan contoh atau model kerajaan Islam menerusi negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS terlebih dahulu.
ketika penerangan TG,
beliau banyak menyelitkan sejarah dengan secara terperici bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada audience.

Antara ucapan beliau yang begitu menyedarkan diri ini;
  1. dipetik dari kata-kata ulama India, "Umat Islam tidur di dalam cahaya, dan orang kafir itu celik di dalam gelap"
  2. dipetik dari kata-kata Saidina Abu Bakar ketika ucapan beliau sejurus dilantik menjadi khalifah, "... benar itu amanah, bohong itu khianat..."
  3. dipetik dari kisah Saidina Ali ketika mana Saidina Ali di tanya mengapa ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman aman berbeza dengan pemerintahan beliau. Maka Saidina Ali mejawab:

    "rakyat ketika pemerintahan khalifah sebelum aku adalah seperti aku, tetapi rakyat ketika pemerintahanku adalah seperti kamu"


    Allahualam...

Monday, December 20, 2010

aKu...

Aku adalah:

1.Hamba Nya...
Tak aku nafikan... hidup ini makin mencabar, namun kekuatan itu datang dariNya...
Aku ini tidak bukan melainkan seorang hamba...
Yang acapkali terjatuh di atas jalan berduri yang menuju ke syurga...
Yang acapkali menggelongsor laju di atas jalan indah ke neraka...
Namun aku yakin padaNya yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani...
Akan ku pungut bekalan sebaiknya untuk hari yang kekal selamanya...

2.Anak Mak dan Abah
Menjaga mereka di kala senang atau susah...
Hati itu perlu dijaga, Maruah itu perlu dijaga, Impian mereka juga perlu dijaga...
Mendoakan yang terbaik buat mereka...
Namun aku masih anak yang masih belajar erti berbakti kepada Mak dan Abah...

3.Anak Sulong
Menjaga dua adik lelaki yang kian membesar...
Angah semakin matang...
perlukan sentuhan berbeza untuk didekati
arahan lebih panjang lebar,
kerana Angah itu perlukan sebab atas tiap arahan...
Acu semakin ligat...
maklumla, jiwa inginkan segalanya...
inkuiri yang membuak buak,
semua nak dicuba,
sentuhan kepada Acu lebih tegas dan pendek ayatnya,
Aku kadangkala pening dalam menjadi Along...
Kerana Along ini diperhati tingkah lakunya
oleh Angah dan Acu...

4.Kawan
Maaf kepada kawan-kawan...
Aku tidak mampu menegur dan ditegur...
Aku tak cukup kuat namun bukan aku seorang lemah...
Kerna ego itu wujud...
Aku akan cuba mengerti lagi dan lagi...
dan melaksanakan tanggungjawabku
Aku hidup bukan kesorangan di dunia ini,
Kerna itu aku perlu menghargai erti berkawan.

5,6,7... terlalu banyak peranan sebagai manusia...
Namun jagan berputus asa...

Saturday, November 13, 2010

MeOW~



Kali ni aku lebih berminat nak bercerita perihal kucing-kucingku di rumah...

KiKi & LaLa



Dua ekor kucing ni adalah kucing pertama yang keluarga aku miliki. Abahku jumpe dua ekor kucing ni kat tepi jalan. Abah aku kata kesian kat anak-anak kucing ni..(masa tu kiki & lala masih kecil)
Jadi, abahku bawak la dua ekor kucing ni balik. Kiki kucing betina, Lala jantan. Dapat aku sepasang kucing. Berekor kontot.Hahaha...
Aku punye la seronok tengok anak-anak kucing tu. Kiki comel betol. Lala macam berpenyakit.
Aku bagi nama kat dua ekor kucing ni bersempena nama brand baju aku.. KIKI LALA.. hahaha kompem aku tak pakai dah brand tu sekarang.
Akhirnya, Lala dipanggil Allah lebih awal. Maka tinggallah Kiki bersendirian... (sob,sob~ sedih)
Aku selalu main dengan Kiki. Bila waktu makan, aku akan jerit nama dia. Tapi... nama orang yang dok depan rumah aku tu Diki (India). Maka selalulah berlakunya salah faham.. hahaha
Kiki merupakan generasi kucing aku yang pertama.

Montel



Montel merupakan anak jantan Kiki. Whoa... Montel ni istimewa sikit. Sangat-sangat comel. Warna sebijik macam mak dia. Ekor pon same, kontot. Hahaha... Kalau dia tidur, dia suka tidur terlentang (macam orang). Tidur nak atas sofa jer.. Tension aku, nak duduk pon tak boleh.
Montel adalah anak Kiki. Disebabkan Montel ni terlalu comel, waktu dia kecik dulu, jiran aku siap sumbat dalam handbag lagi bawak jalan-jalan. Nasib dia tak buat hal... kalau tak... beli handbag baru la.. hahaha..

Beruk

Sebijik pemalas macam Beruk (stokin hampir same)

Yang ni anak jantan Montel. Macam mane aku tau? Sebab ekor dia masih kontot. Tak tau la plak sape mak nyer. Beruk ni istimewnya sebab dia pakai stokin kat kaki ( bulu kat kaki dia jer warna putih~ macam pakai stokin) Yang penting Beruk ni selalu buat aku gelak dan sakit hati. Mana tak nyer, badan dia punyer la gempal. Bila kejar tupai dan tupai tu panjat pokok kelapa, dia dapat panjat sikit jer. Pastu jatuh macam nangka busuk. Hahaha. Kalau dia panjat pagar kat pintu rumah semedang tak lepas. Sebab tu aku panggil Beruk (bajet pandai panjat) Hahaha. Aku tak tau la dia makan ape yang extra.
Tapi ape yang aku perasan, anak ayam jiran sebelah rumah aku tu makin hari makin berkurang. Yang buat aku bengang dengan Beruk ni, sebab dia selalu cari pasal ngan orang. Bile aku duduk dekat dengan dia, dia buat muka takde ape-ape. Tapi, bila kita lepa sikit, tau-tau kaki kita dah kene gigit atau cakar. Mungkin salah aku jugak kot, selalu cari pasal dengan dia. Aku selalu gusti dengan dia. Memang seronok bergusti dengan Beruk, badan dia gempal sangat.

Jebon @ Abun

Memang tiggal gigi je putih... mate pon kuning

Yang ni aku tak berapa paham asal usul dia sebab dia ekor panjang dan bulu dia gebu. Mak aku dapat seekor kucing bulu gebu betina dari kawan dia. Yang kompem, Jebon ni anak dia lah. Tapi mak aku cakap, kucing ni anak Beruk. Jadi, masih boleh dianggap keturunan Kiki. Generasi keempat.Hahaha, Sebab ape keluarga aku panggil Abun? Sebab kucing ni kucing hitam. Yang putih gigi jer. Hahaha. Macam Jebon. Waktu Abun kecik-kecik dulu, Abun duduk dalam rumah waktu malam. Orang tidur, dia asyik gigit orang & lari-lari dalam rumah. Mentang-mentangla hitam... Tapi, ada satu hari tu, Abun "pooing" dalam rumah. Bermula dari saat itu, Abun dipindahkan bertugas di luar rumah. Hahaha. Abun ni memang kesayangan keluarga aku dan jiran sebelah. Dia pandai mengurut... Ha... terkejut. Bila kita suruh urut kaki, dia akan datang dan gesel-gesel kepala dia kat kaki kita. Bajet nak bodek la tu... Hahahaha


Tapi, semua kucing-kucing jantan aku ni bila dah besar(meningkat umur) dan dah jumpe kucing lain (betina), tak ingat nak balik rumah. Maka, dia pun berhijrah membina kehidupan baru. Tapi selalu la juga balik rumah balik (balik kampung la katakan)

Bela kucing ni seronok dan macam Ust Hasrizal cakap, ada berkat...
Nasi atau lauk tak habis, kucing-kucing ni pulak habiskan...
Jadi, tak dela membazir...

p/s: gambar-gambar kucing di ambil dari internet tetapi lebih kurang la seperti realiti...

Thursday, November 11, 2010

KiSahKu HaRi iNi




Memandangkan sudah 5 hari tidak menjenguk buku, maka hari ini aku habiskan dari pagi ke petang bertapa di IC (senang kata macam perpustakaan).
Soalan-soalan tutorial benar-benar menduga akal dan kesabaranku...
Acapkali aku menjenguk contoh yang sama di dalam buku... Namun, soalan-soalan itu masih kebal untuk di uraikan...

30 minit sebelum iftar...

Terdetik hatiku untuk singgah di Western Park.
Pokok-pokok makin hilang daunnya...

Sejuk...
Sangat sejuk...
Aku memeluk tubuh dengan lebih erat...
Berehat sebentar di kerusi berhampiran kolam amat menenangkan minda ini yang penat melayan tutorial sebelumnya...
Aku hanya merenung persekitaran yang tampak begitu meyakinkan...
Gugurnya dedaun bukan bermakna tewas...
Tetapi sebagai persediaan untuk memulakan hidup yang baru...
Yang lebih meyakinkan...
Lebih kehijauan...

Di kolam, itik bergelongsor kegembiraan...
Seolah-olah hari semalam, esok dan lusa tiada duka...
Merpati terbang ke sana ke mari...
Aku masih terpaku di bangku rehat...
Mataku meliar melihat gelagat itik dan merpati...

Aku segera berdiri dari kerusi dan menuju ke tepian kolam...
Ingin melihat itik lebih dekat...
Bukan seperti itik Malaysia...
Kagum...

Kembali duduk di kerusi yang sama,

Tiba-tiba,
Mat Saleh menyapa,

"Do you want to catch the duck? Do you want to eat them?"

Meminta kepastian...

"Sorry, no, I'm just looking at them"
Aku pantas menjawab walau terkedu dengan soalan itu...

"They are mine"
Tegas, tapi ramah...

Memang Mat Saleh ni jaga itik-itik tu...
Aku tak nafikan ada kawanku yang menyatakan hasrat untuk menagkap itik di situ...
Buat lauk...
Aku,
Sampai bila pun tak akan menjamah daging itik...
Kerna ada sejarah tersendiri...

Aku segera bangun dan melangkah menuju ke masjid...
Maghrib hampir menyusul

4.20pm...
Berbuka bersama-sama pak arab...
Makan bubur... dalam kepalaku teringat akan bubur lambok kampung baru...
Nikmat, sekali sekala makan makanan orang arab...

Riuh rendah waktu berbuka...

Jazakallah hu khairan...
Subhanallah...
Barakallah...
Aiwa ( kalau tak silap bahasa mesir, samada na'am atau la')

Tetapi.. majoriti adalah puji-pujian...
seronok rasanya...

Wednesday, October 13, 2010

cABArAn BuAtKu...





Rasanya BTN dah lepas lama dah...
Tapi, ada satu ungkapan dari penceramah yang membuatkan diri ini tersentak dan sedar kembali di alam nyata...

"Rase-rasenye lah kan, kalau US atau France attack Malaysia esok boleh ke kita lawan?"

Bila fikir balik, Malaysia banyak beli alatan ketenteraan dari negara lain...
Contoh kapal selam... kalau tak silap beli dari France.

Kalau France jual kapal selam kepada Malaysia, takkan lah dia nak jual kapal yang paling hebat...
mesti ada lagi hebat yang France tak tunjukkan...

Boleh ke kapal selam kita nak lawan?

Ha....
Tulah pasal...

Penceramah tu siap tunjuk kat ahli-ahli BTN (kami)...

"Ni semua, kerja anda, dapatkan ilmu sebanyak mungkin dan cipta untuk kegunaan kita sendiri. Baru kita ada kekuatan"

Inilah yang dinamakn kepentingan ilmu...
Ada ilmu, boleh la nak buat senjata apa pon...
Tapi inilah yang kita selalu lupa...

"Asal aku ada ijazah dah la... yang penting dapat kerja"

Boleh ke macamtu?
Agak-agakla...
sampai bila kita nak angkat sepanduk...
"ISRAEL negara HARAM"

Pasal perpaduan ummah...
Itu lain cerita...
Cume nak ambil satu topik...
ILMU dan AKU...

Inilah cabaran buat ir. NAZRUL HAFIZ ZAIDI...
dan para ir. sekalian...

Sunday, October 3, 2010

ReToRiKa?!



Siapakah yang akan menggantikan Salahuddin Al-Ayubi?
Siapakah yang akan menggantikan Sultan Muhammad Al-Fateh?
Siapakah yang akan menggantikan Imam Syahid Hassan Al-Banna?
Siapakah yang akan menggantikan Al-Khawarizmi?
Siapakah yang akan menggantikan Imam Al-Ghazali?

...

bilakah soalan ini akan habis?
dan bila masanya akan tejawab?

kita...
hanyut dengan ungkapan retoris semata-mata...
bila, di mana, siapa, bagaimana,...

andai ini diteruskan tanpa usaha...
retoris akan terus menjadi retoris...

rungkaikan persoalan-persoalan ini...
harganya...

terletak pada kita...

Friday, October 1, 2010

mY pOiNtS oF VieW




Welcome to Sheffield! (^_^)

Akhirnya, jari ku mula menjenguk kembali blog yang sudah lama menanti.
Di bumi SHEFFIELD... kehijauan di sepanjang jalan memberikan aku satu
kegembiraan. Ini yang aku idamkan. Suasana yang nyaman dan tenteram.
Sangat sesuai untuk belajar...

Tetapi... dalam keadaan nyaman ini, akan terbitnya musim yang silih berganti.
PANAS , LURUH , SEJUK , BUNGA...

adakah keadaan nyaman ini akan kekal sepanjang masa???

tak dinafikan keadaan berbukit bukau,
adakah ini bakal menjadikan aku lebih "fit"?
hmm... ataupun makin malas nak menjelajah seluruh bumi sheffield?

terserah pada diri ini...

kepanasan musimnya tak menjanjikan cairnya otak ini,
kesejukannya pula tak memastikan kebekuan minda ini...

jadi, terserah pada diri ini...

samada kita yang mengubah atau kita yang diubah...

tapi... perlunya dua khazanah sebagai penunjuk arah...

Saturday, August 14, 2010

20 taHuN JaNTunG KU bErDeGup



Apis,

Saya bukan orang sastera,

Yang mampu untuk menguntai bait-bait kata,

Untuk menyentuh hati si pembaca,

namun,

Saya punya rasa,

Tulus ikhlas dari hati,

untuk diterjemahkan ke dalam puisi ini,

20 tahun umurmu berlalu,

Syukur kepada si ibu…

Yang telah bertarung nyawa melahirkan dirimu,

Pernah berterima kasih kepadanya?

Pernah mengucup tangan dan dahinya?

Sebagai tanda sayang dan kasih seorang anak..

20 tahun umurmu berlalu,

Terima kasih kepada si ayah...

Yang berpenat lelah,

Mencari rezeki,

Yang membanting tulang,

Demi keselasaan anak-anak...

Pernah terfikir tak, samada diri ini sudah atau belum melaksanakan hak,

Hak ibu dan ayah....


* puisi ini merupakan hadiah hari lahirku

terima kasih buat si pengarang ",

Wednesday, July 21, 2010

bAcK 2 SchooL

Assalamualaikum....




sudah berbulan tak update blog ni...
hari ni aku bermalam dekat sekolah lama aku,
SEMESTI...
banyak yang dah berubah,
surau baru,.. cat baru...
memang bukan macam waktu aku dulu...

"Assalamualaikum abang Nazrul," salah serang junior aku menyapa.

"Wassalam...
Aik... kenal lagi ko ek kat aku..."

"Mana boleh lupe... saya kan ketua kelas dulu... Abang la yang selalu panggil lepas perhimpunan bila kelas kotor..."

"Alamak...
Sebab itu ko kenal aku"

" Takdelah... hehehe.." tersenyum junior aku menjawab.

memang kerja aku dulu kat SEMESTI...
asal ada je kelas junior jadi antara kelas terkotor,
maka bersedialah ketua-ketua kelas tu terima "habuan" masing-masing...
nak buat macam mana .. memang aku macam tu...

bila junior-junior kenal aku dengan sebab apa yang aku buat dulu...
memang terasa...
apasal tak kenal aku dengan cara lain???
Aduh...

Ni mungkin antara perkara yang kita tak ambil berat waktu dulu-dulu...
Sikap kita terhadap orang lain...
memang orang akan sentiasa ingat...

Baik atau Buruk...

macam paku yang terpahat di dinding...
walau dah dicabut.., pasti berbekas juga...
bekas itu bisa padam...
tampal dan cat baru...
berilah tampalan dan cat yang berkualiti...

Saturday, April 17, 2010

teRjiWaNg JaP



Assalamualaikum...

Sibuk mempersiapkan diri menghadapi IB exam ynag tinggal 2 minggu sahaja lagi.

Tak ku nafikan , seharian menjawab MOCK exam mathematics memang menguji kesabaran dan daya tahan. Tak sangka soalan sedasyat tu.

Alhamdulillah, walaupun terlewat melaporkan diri dalam BULATAN dengan kawan-kawan dan turut diperli atas kelewatan itu memungkinkan aku sedar kembali kepentingan masa itu. Masa. Satu perkara yang sepatutnya paling di titik beratkan oleh umat Islam namun ianya menjadi suatu perkara yang paling tidak dijaga.

Masa dengan kawan – kawan ku itu merupakan suatu yang paling bermakna bagiku. Tenang rasanya. Waktunilah, amar makruf nahi munkar disebut kembali.

Nak dijadikan kisah, minggu ni memang Allah takdirkan untuk minggu bertemakan “CINTA”. Mana tidaknya, hari Khamis ada ceramah fasal topik ni. Petang tadi pulak berbincang fasal ni jugak.

Aku lebih nak cerita pasal jodoh.

“(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.” (24:26)

“ Akhi, pasal ayat nilah ana join tarbiyyah”.

“ Ana dengan zaujah ana dekat sekolah dulu memang otai, rasenya zaujah ana lagi dasyat dari ana”

“ Alhamdilillah, jodoh tu Allah dah tetapkan dengan zaujah ana, samada kami sama-sama baik atau tak. Jodoh kami memang dah Allah tetapkan”

“ Dalam proses ana nak perbaiki diri ni, alhamdulillah Allah turut buka hati zaujah ana untuk buat yang serupa”

“ Alhamdulillah, Allah temukan kami dalam keadaaan yang baik”

“ Akhi, apa yang penting antum baiki diri antum, insyaallah Allah bantu antum.”

Ringkas penerangannya. Aku begitu setuju. Memang untuk peroleh yang terbaik aku perlu jadi yang terbaik. Jangan idamkan Fatimah andai diri tak sehebat Ali.

Aku mula melihat kembali apa yang terjadi pada diriku setakat ini. Ternyata kurangnya diri ini. Allah Maha Adil. Aku begitu yakin. Ubah diri dulu. Ubah diri dulu. Ubah diri dulu.

Allah akan buka hati jodoh kita untuk sama-sama melalui jalan yang sama dan akhirnya disatukan dalam membina sebuah keluarga yang faham akan Islam. Insyaallah. Ana tak risau.

Friday, March 5, 2010

BaN PeCaH



Rindu rasanya bila mengimbau kembali kenangan bersama saudara mara di kampong sebelah mak. Parit Hj Taib, Bagan Serai. Di situlah terletaknya rumah moyangku yang aku sendiri pun kurang pasti namanya tetapi aku lebih mesra memanggilnya MakNek (mak kepada nenekku). MakNek memang terbaik. Al Fatihah buat Maknekku yang telah meninggalkan aku pada umurku mencecah 10 tahun. Memang seronok, tak boleh digambarkan terutama waktu hari raya. Aku dan saudara maraku pasti ada sahaja projek yang ingin dilaksanakan. Memang seronok.

Kenangan itu terimbau acapkali aku menziarahi kakak nenekku di Parit Hj Abbas, Kuala Kurau.
Baru-baru ini, aku menziarahi kakak nenekku bersama keluargaku. Seronok melihat saudaramaraku ( sepupu mak). Umur mereka lebih kurang aku sahaja. Sebab tulah aku rapat dengan mereka.

Nak dijadikan cerita, aku dah lama tak mancing. Setahu aku, dekat Kuala Kurau ada banyak ikan sembilang. Petang itu juga aku mengajak saudaraku ke pesisir laut. Nak mancing. Saudaraku membawa aku ke suatu tempat bernama Ban Pecah.


Ban Pecah. Laut terbentang luas. Memang cantik. Ramai sangat orang.

Melihat ombak yang agak beralun kuat itu menyebabkan harapan untuk mendapatkan ikan amat tipis. “harapanlah nak dapat macam ni” hati ku berkata. Tidak sampai 15 minit aku memancing aku terus mengajak saudaraku untuk bersiar-siar sahaja di sepanjang persisir pantai itu. Kami bermotor. Memang sudah ada jalan khas disediakan untuk kenderaan, maka makin seronoklah kami bermotor di sepanjang pesisir laut tu.

Aku berkesempatan melihat matahari tenggelam di sana. Memang cantik.
Selepas puas bersiar-siar, aku dan saudaraku pulang ke rumah.
Aku menceritakan kisah kami bersiar-siar di Ban Pecah.
Kakak nenekku mula membuka cerita.

Ban Pecah.

Apasal nama tempat tu Ban Pecah? Asalnya kawasan itu adalah daratan. Laut yang terbentang luas itu rupanya ada daratan sebelum ini. Lebih kurang 200m dari pesisir pantai tadi. Kawasan tu, sebelahnya laut, sebelah bendang. Ada benteng dan tali air. Nak elakkan air laut masuk bendang. Patulah aku Nampak banyak tali air dekat situ. Tapi, ada satu tali air tu dekat tengah-tengah laut. Macam mana tali air tu boleh ada dekat situ?
Memang tali air tu asalnya dekat situ. Situlah tempat asal benteng pemisah laut dan bendang. Benteng itu penduduk di kawasan tu panggil ban. macam aku cakap mla-mula tadi. Kawasan tu mulanya daratan. Tapi macam mana boleh jadi laut ni???
Inilah dikatakan kuasa Allah. Allah Maha Adil. Dikatakan pada asalnya tempat tu adalah tanah anak yatim. Akibat kerakusan manusia pada harta, saudara(bapa saudara rasanya) si yatim itu mermpas tanah itu. Masyaallah. Akibatnya, Allah nak tunjukkan kuasa, maka ban yang sepatutnya menjadi benteng pecah. Maka, tanah daratan menjadi laut. Subhanallah.
Tapi sekarang, apa yang ku perhatikan, tempat tu dah jadi lubuk maksiat. Maklumlah pemandangan cantik lagi-lagi dekat-dekat senja. Macam-macam kerenah manusia. Adakah ban baru ini kan pecah kembali disebabkan perbuatan manusia??? Allahualam... sama-sama tingkatkan ibadat.

Thursday, February 25, 2010

BiL HiKmAh




Assalamualaikum...

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, emosi semacam tidak begitu stabil...

Alhamdulillah hampir semua tugasan di KMB ini sudah selesai...

Jadi, masa yang tinggal ini sepatutnya diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran...

“pulun sampai habis”

Natijahnya... kadang-kala diri berasa penat...

Maknanya perlukan rehat... belajar sampai tidak ingat dunia sememangnya tidak akan membuahkan hasil andai diri dalam keadaan tidak bermaya... otak sudah tidak mampu untuk meneruskan tugasnya menganalisa baris-baris nota mahupun sebarang latihan...

Otakku sudah letih.. sangat letih...

Ia perlukan rehat..

Andai diteruskan, kebarangkalian aku melakukan kesilapan di bawah sedar adalah sangat tinggi.

Otakku tidak mungkin mampu berlaku adil dalam setiap pertimbangan walaupun jasadnya berkobar-kobar mempertahankan erti keadilan itu.

Ternyata otakku suadh penat dan perlukan rehat...

Hal ini kerana kadangkala aku tidak mampu lagi membuat keputusan bil hikmah...

Hari Selasa, 23/2/2010

Aku menyatakan hasratku kepada rakan sekelas untuk makan tengahhari pada pukul 12.30pm kerana malas hendak makan pada pukul 2.20pm disebabkan rasa ingin berehat pada waktu itu sebelum bermulanya kelas fizik pada pukul 3.00 pm.

Ketika itu aku masih dalam kelas TOK... guruku hanya berbual kosong kerana subjek TOK sudah hampir selesai.. Jam di tangan 12.35pm... “Tinggal lima minit lagi sebelum subjek agama” hatiku resah berkata. Tatkala berakhirnya sembang kosong itu, aku mengajak rakan ku yang lain untuk turut serta makan tengahhari. Rakan yang ku nyatakn hasrat terdahulu itu berada di perpustakaan. Dalam fikiranku dia sudah pasti berada di dewan selera. Aku mengejar masa yang singkat itu untuk ke dewan selera.

Rakan ku yang di perpustakaan itu tidak ada di dewan selera..

“Takpalah, tak ada rezeki dia, makan pukul 2.20pm la gamak nya dia kang”. Aku berkata kepada rakanku yang mengiringiku ke dewan selera...

Selesai makan, aku masuk ke kelas semula. Lewat 5 minit. Alhamdulillah ustazah baru sahaja masuk.

Aku lihat rakanku yang berada di perpustakaan sebelum ini sudah ada di dalam kelas. Aku nyatakan kepadanya aku sudah makan.

Ternyata, dia agak marah sebab aku melupakan dia... bukan aku nak lupakan, tapi tidak cukup masa nak bagitahu... maklumlah tempat lain-lain. Rakan-rakanku yang lain yang mana “satu kepala” agaknya dengan aku turut berang... mereka marah-marah tension sahaja... maklumlah.. terlepas peluang hendak makan awal...

Riuh-rendah dalam kalangan rakan-rakanku menenceritakan tindak-tandukku yang mana bagi mereka tidak “adil” itu menyebabkan aku menjadi berang juga. Sudahlah penat berkejar masa. Sampai kat kelas pula kena “pangkah”.. marah betul aku.. tatakala itu juga ustazah mengarahkan aku memberi sedikit tazkirah seperti mana kelaziman sebelum bermulanya pelajaran agama islam.

Aku mendapatkan buku hadis dari salah seorang rakan ku dan mencari mana-mana hadiyang sesuai agar dapat ku gunakan untuk “memangkah” kembali rakan-rakanku yang bengang dengan aku sebelum ini.

Dapat.

Hadis pasal marah. Isi kandungannya, nabi menyuruh kita jangan marah. Rakan-rakanku yang lain terdiam. Nampaknya aku berjaya. Aku duduk kembali di kerusiku setelah memberi tazkirah. Aku rasa tidak tenang. Aku terinagt kembali tujuan kenapa aku memberi tazkirah. Ya Allah, aku dah tersilap. Niatku sudah tidak betul. Aku yakin bahawa aku tida sengaja kerana aku dalam emosi. Emosiku ketika itu tidak stabil. Ternyata aku tidak berhikmah.

Khamis, 25/2/2010.

Aku terima e mail yang kuharapkan mampu menggembirakan aku. Aku buka email itu dan baca. Ternyata aku kecewa. Isi kandungan yang begitu jarang kuterima membuatkan aku terdiam. Kecewa. Setelah penat memerah otak menjawab soalan-soalan math, aku di kejutkan dengan e mail yang begitu mengecewakan itu. Latas aku menaip untuk menyatakan kekecewaan itu. Petang itu aku berasa kecewa. Aku terlelap dalam kekecewaan.

Aku terjaga dan bersiap untuk ke dewan selera berbuka puasa. Setelah berbuka dan solat aku berehat bersama rakan ku yang lain di bawah pondok berhampiran dengan surau. Aku teringat kembali email petang tadi. Aku berasa tidak tenang, ternyata keputusan ku menyatakan kekecewaan itu berdasarkan emosi semata-mata. Aku terlalu penat petang itu. Aku yakin isi kandungan email yang kuterima petang tadi adalah suatu yang tidak mengecewakan dan sepatutnya menambahkan motivasiku. Sekali lagi tindakanku tidak bil hikmah.

Secara tuntasnya, akal yang letih menyebabkan aku tidak mampu bertindak secara rasional. Emosi ketika itu hebat meguasaiku. Ternyata aku tewas ketika itu.

Justeru, akan ku cuba menjadi lebih matang.....

Tuesday, February 9, 2010

SeBaK @ SaBAr @ KeDuA-DuAnYA



8 Februari 2010... bermula 10.30 malam...

Terjaga... terlelap... terjaga... terlelap...
“ Alamak, penatla macamni… Esok petang aku nak jawab ape ni???”.
Rasa mengantok begitu menghantui aku sejak kebelakangan ni…
Setelah satu jam setengah menjamah baris-baris nota fizik yang kebanyakkannya bagaikan karangan yang panjang lebar, di tambah pula tajuk yang dibaca merupakan “option topic” yang baru dipelajari bulan lepas menjadikan mata ini makin menjadi-jadi…
Esok petang ada ujian Fizik…

Hahaha….
Rasa nak tergelak pun ada, bukan apa, risau semacam… makin lama belajar Fizik ni makin pelik jadinya… betul lah ape yang Imam Syafie cakap, “makin banyak ilmu ku, makin jahil aku” lebih kurang macam tu lah ayatnya… bagi aku, aku menafsirkan bahawa semakin banyak ilmu yang dipelajari, makin banyak ilmu yang kita kena tahu…

“ Today is a red letter day”

Saja masukkan “idiom”…
Alhamdulillah… Allah bantu aku dalam meneruskan hidup ini…
Pemergian seseorang ke medan pertempuran ilmu yang jauh di mata membuatkan hati ini sering cemas … tak tahu kenapa… tapi hati mengatakan bahawa itu adalah fitrah manusia…
Sebelum tibanya hari ini, aku mempersiapkan diri dengan suatu bekalan yang kurasakan amat penting dalam membantu aku meneruskan hidup sebagai hamba Nya agar aku tidak terus lemas dalam godaan syaitan laknatullah …

“berlapang dada dan yakin pada Allah”

Untuk itu, aku tekad bahawa melayani kesedihan dalam tempoh waktu yang lama tidak mampu membantu sesiapa pun, malahan akan membawa kepada kemudharatan… untuk itu, doa adalah kiriman yang paling bermakna bagiku untuk mujahid yang sedang berperang…

“Nazrul tak nangis ke???”

Aku pun tak tahu kenapa, aku berasa tenang dalam menghadapi hari ini…
sedikit sebak tu mungkin aku tak dapat nak bohong...
(mungkin dah tak larat nangis kot… hahaha)

Alhamdulillah… inilah rahmat Nya…

Kuharap agar keyakinan aku pada rahmatNya ini bertahan lama dan tak akan pernah pudar…
Kerana syaitan itu sungguh licik dan kejam…

Sekali lagi… bersama mantapkan iman, akidah, ibadah , akhlak.. tidak putus berdoa…
Berpesan-pesan kepada kebenaran, berpesan-pesan kepada kesabaran…

Perancangan keluarga-keluargaku untuk menghantarku ke KLIA dalam tempoh 6 bulan lagi agar dapat ku menjadi mujahid di England pula, insyaalllah, akan ku tunaikan juga…

Untuk itu, perjuangan perlu diteruskan…
Yakinlah pada Allah…
“la tahzan innallaha ma’ana” (potongan ayat 9:40)
Alllahhualam…”,

Saturday, February 6, 2010

SemUaNya niKmAt


Tak sabar nak main bola dengan kekawan petang ni...

Mesti seronok habis lah...

Nak lawan dengan budak- budak kampong sebelah...

Semalam menang, hari ni tak tau pulak...

Nak je rasenye belasah bebudak kampong sebelah 7-0... hahaha...

Macamnilah rase gembira tak terkata di suatu petang dan waktu serta tarikhnya tak diketahui pula...

Tak di sangka pula... ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya, hujan juga petang tu...

“ Alamak hujan pulak petang ni… bengang betol la…” aku bercakap seorang diri sambil baring di atas kerusi panjang dan merenung jauh ke luar rumah memerhatikan titis-titis hujan yang begitu menghampakan diri ini….

“ Hang marah kat sapa ni?”. Satu suara muncul tanpa diduga. Garaunya semacam. Tegasnya lain macam jugak… kata-kata itu bagaikan menampar diri ini berjuta kali. Diam seribu kata… tak tau nak cakap apa.. tunduk malu… tak sanggup nak menghadap muka abah.

Ungkapan seorang ketua keluarga yang tidak punyai ilmu agama seperti mufti itu membuatkan hati mengenal kembali diri yang hina ini.

“Ya Allah, apa yang aku cakap tadi…” hatiku berkata, sesalan yang tidak terhingga…

Adakah sesalan itu suatu sesalan yangdisebabkan kerana takutkan abah semata-mata atau hadir luhur dari sanubari ini..

Allahualam…

Abah, kau memang bijak memberi nasihat kepada anak mu ini,

Adakah aku akan jadi seperti mu kelak? Maksudku tanggungjawab sebagai amir dalam keluargaku nanti… memberi nasihat dengan bijaksana walau ilmu itu sedikit tetapi rasa tanggungjawab menyampaikan suatu yang hak itu mengatasi segalanya…

Terima kasih abah.

Sejak itu, aku mula belajar erti mensyukuri nikmat Ilahi yang tak terhingga ini. Rupanya, hujan tu Allah turunkan untuk hambanya yang lain… rumput, pokok, serangga dan lain-lain lagi… makhluk-makhluk Allah ni perlukan air setelah berpanas sekian lama. Nikmat untuk mereka…

Tapi, macam mana dengan aku pulak???

Dengan hujan tulah aku dapat rasa sejuk sepanjang petang yang panas teriknya membahang dari pagi tadi. Air yang mengalir tulah tumbuhan guna untuk hidup dan aku pula makan hasil dari tumbuhan-tumbuhan tadi… manelah tahu, kalau tak hujan dan aku main bola sampai ada sesuatu yang tak diingini berlaku…

“kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2: 216)

Subhanallah… Alhamdulillah…

Sakit, hujan, panas, ribut, sedih, kemarau,…. Semua ni nikmat Allah…

Kekadang kita rasa tak berguna pun dan juga menyusahkan, tapi, disebaliknya mana kita tahu…

Bila kita syukur nikmat Allah, Allah akan tambah berganda-ganda lagi…

“ dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras ” (14: 7)