Friday, December 4, 2009

BiLa iA BeRkaTa...


Ungkapan Bijaksana Luqman.
“ Wahai anakku, diam itu bijaksana tetapi sedikit pelakunya, pukulan bapa kepada anaknya bagaikan air bagi tanaman”

Hadui... pedas gak kene bila hayati ungkapan ni. Bila fikir balik, banyaknya aku aku kecoh tak tentu fasal. Cakap fasal tu, cakap fasal ni... banyak sangat nagrutnye... kepada bapa2 dan bakal bapa2, didiklah anak sebaiknya. Jangan takut bertegas kerana sayangkan anak.. jangan jadi macam cerita Anakku Sazali... sian... bila cakap fasal tegas... teringat kisah Umar. Suatu hari, sahabat bertanyakan Umar kenapa beliau sentiasa menunjukkan muka yang garang (tegas) dan menjadikan sahabat gerun.Umar kemudian menjawab ( macam ni la ayatnya)... Ada aku lakukan sesuatu yang tak elok? Sahabat menajawab “ tidak”. Umar berkata kembali... Kalau begitu akan ku pohon kepada Allah agar menjadikan wajahku lebih tegas supaya kamu lebih takut. ( cerita inagt2 lupe.. (”,) ) ha... baru la cantik bila tegas tu pada tempatnya.
“Untuk menjadi hebat lakukanlah perkara berikut; menjaga mata,menahan lidah, makan yang halal, berkata benar, tepati janji, layani tetamu, hormati jiran dan jauhi perkara yang tidak berfaedah.”

Bila fikir balik... alamatnya memang aku ni tak cukup hebat... macam bumi denagn langit.. huhuhu.. xpa, masih dalam pembikinan...
“ Wahai anakku, jadikanlah ketaatan itu sebagai perniagaan, nanti akan datang kepada kamu keuntungan tanpa bayaran.”

Ni betul... Allah dah cakap.. “ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 61:10,11

“ Wahai anakku, jadilah kamu hamba bagi kawan-kawan yang baik dan jangan sama sekali kamu jadi kawan yang jahat.”

Kawan, sahabat, teman, member, friend, gang, tomodachi... macam-macam ada... “khairunnassi anfa’hum linnas...”.. hadis hasan ( soheh)... cube semak balik... bermaksud.. sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain... jadilah macamni... Insyaallah...
“ Wahai anakku, jauhilah kamu daripada sifat malas dan jemu kerana apabila kamu malas, tidak menunaikan kewajipan, dan apabila kamu jemu, tidak sabar atas kebenaran.”

Sabar itukan sebahagian dari iman... tetapi memang sukar dilaksanakan...
Bertapa hikmahnya Luqman...