Tuesday, November 24, 2009

mr. cRaB

Bermulanya perbincangan di dalam kelas. Badai Semalam. Sebuah novel nukilan Khadijah Hashim. Merupakan novel pertama beliau dan telah bejaya mengangkat nama beliau dalam kalangan penulis-penulis hebat. Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim, anak pembantu rumah yang banyak menerima budi dari keluarga En Haris yakni tuan rumah, Mazni, dalam usaha beliau meneruskan usaha mencapai citanya sebagai seorang doktor. Tatkala ibu yang sakit perlu diubati, impian yang tidak pernah pudar terpaksa di lupakan buat sementara waktu. Mazni perlu bekerja. Dalam usia lapan belas tahun ketabahan hati dan kesabaran diri menjadi pendinding yang hebat tatkala ejekan dari guru-guru dan rakan-rakan dating bertubi. Cerita diteruskan apabila Mazni terpaksa melupakan kekasihnya Zaki kerana terhutang budi pada tuan rumah. Mazni bekahwin dengan anak tuan rumah yang ‘ligat’ itu. Puan Mahani, menjadi watak antagonis dalam usaha merosakkan hidup Mazni dan dia menyebarkan pelbagai fitnah. Kematian ibu Mazni yang di kasihi turut berpunca dari fitnah yang dilemparkan padanya. Jahat. Walupun Mazni mendapat pelbagai badai, dia tetap tidak lupa akan citanya, menjadi seorang doktor.
Perbincanagn hari ini dimulakan melalui pembentangan persoalan yang terkandung dalam novel ini. Salah satunya ialah persoalan kemanusiaan. Sikap iri hati terhadap kejayaan orang lain dalam kalangan Melayu.
Tiba –tiba cikgu bercerita pasal CRAB MENTALITY.
Apa itu CRAB MENTALITY?
Perkataan yang mudah bagi menggambarkan sikap masyarakat Melayu pada masa kini. Bukan nak mengata orang Melayu, tetapi nak menjelaskan keddukan kita pada masa kini. Berbalik pada CRAB MENTALITY,
Ketam. Hidupan yang Allah ciptakan dan memang enak dimakan. Cuba kita letakkan beberapa ekor ketam dalam sebuah bekas. Seekor ketam cuba memeanjat keluar dari bekas itu. Tiba-tiba, seekor ketam yang lain akan menarik ketam tadi dan ketam itu jatuh kembali kedalam bekas itu. Jadi, inilah pemikiran ketam. Tidak senang melihat usaha ketam lain. Pantang kalau ada ketam lain yang cuba untuk mengatasinya. Bukannya nak membantu, tetapi makin iri hati, walaupun rakan sendiri.
Allah dah bagi gambaran,
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (43:67)
Inilah bila kita jadi Melayu yang tanpa ada unsur Islam dalamnya. Tetapi bila kita jadi Islam secara menyeluruh, insyaallah, di situlah kebahagiaan yang dicari.
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (49:10)
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Jadi, tak kira siapa kita. Janganlah kita ada CRAB MENTALITY.




Sunday, November 8, 2009

LeK2 jangan TeNsiON

Gurau dan Canda Rasulullah SAW (^^,)

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang.
Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.