Friday, December 4, 2009

BiLa iA BeRkaTa...


Ungkapan Bijaksana Luqman.
“ Wahai anakku, diam itu bijaksana tetapi sedikit pelakunya, pukulan bapa kepada anaknya bagaikan air bagi tanaman”

Hadui... pedas gak kene bila hayati ungkapan ni. Bila fikir balik, banyaknya aku aku kecoh tak tentu fasal. Cakap fasal tu, cakap fasal ni... banyak sangat nagrutnye... kepada bapa2 dan bakal bapa2, didiklah anak sebaiknya. Jangan takut bertegas kerana sayangkan anak.. jangan jadi macam cerita Anakku Sazali... sian... bila cakap fasal tegas... teringat kisah Umar. Suatu hari, sahabat bertanyakan Umar kenapa beliau sentiasa menunjukkan muka yang garang (tegas) dan menjadikan sahabat gerun.Umar kemudian menjawab ( macam ni la ayatnya)... Ada aku lakukan sesuatu yang tak elok? Sahabat menajawab “ tidak”. Umar berkata kembali... Kalau begitu akan ku pohon kepada Allah agar menjadikan wajahku lebih tegas supaya kamu lebih takut. ( cerita inagt2 lupe.. (”,) ) ha... baru la cantik bila tegas tu pada tempatnya.
“Untuk menjadi hebat lakukanlah perkara berikut; menjaga mata,menahan lidah, makan yang halal, berkata benar, tepati janji, layani tetamu, hormati jiran dan jauhi perkara yang tidak berfaedah.”

Bila fikir balik... alamatnya memang aku ni tak cukup hebat... macam bumi denagn langit.. huhuhu.. xpa, masih dalam pembikinan...
“ Wahai anakku, jadikanlah ketaatan itu sebagai perniagaan, nanti akan datang kepada kamu keuntungan tanpa bayaran.”

Ni betul... Allah dah cakap.. “ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 61:10,11

“ Wahai anakku, jadilah kamu hamba bagi kawan-kawan yang baik dan jangan sama sekali kamu jadi kawan yang jahat.”

Kawan, sahabat, teman, member, friend, gang, tomodachi... macam-macam ada... “khairunnassi anfa’hum linnas...”.. hadis hasan ( soheh)... cube semak balik... bermaksud.. sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain... jadilah macamni... Insyaallah...
“ Wahai anakku, jauhilah kamu daripada sifat malas dan jemu kerana apabila kamu malas, tidak menunaikan kewajipan, dan apabila kamu jemu, tidak sabar atas kebenaran.”

Sabar itukan sebahagian dari iman... tetapi memang sukar dilaksanakan...
Bertapa hikmahnya Luqman...

Tuesday, November 24, 2009

mr. cRaB

Bermulanya perbincangan di dalam kelas. Badai Semalam. Sebuah novel nukilan Khadijah Hashim. Merupakan novel pertama beliau dan telah bejaya mengangkat nama beliau dalam kalangan penulis-penulis hebat. Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim, anak pembantu rumah yang banyak menerima budi dari keluarga En Haris yakni tuan rumah, Mazni, dalam usaha beliau meneruskan usaha mencapai citanya sebagai seorang doktor. Tatkala ibu yang sakit perlu diubati, impian yang tidak pernah pudar terpaksa di lupakan buat sementara waktu. Mazni perlu bekerja. Dalam usia lapan belas tahun ketabahan hati dan kesabaran diri menjadi pendinding yang hebat tatkala ejekan dari guru-guru dan rakan-rakan dating bertubi. Cerita diteruskan apabila Mazni terpaksa melupakan kekasihnya Zaki kerana terhutang budi pada tuan rumah. Mazni bekahwin dengan anak tuan rumah yang ‘ligat’ itu. Puan Mahani, menjadi watak antagonis dalam usaha merosakkan hidup Mazni dan dia menyebarkan pelbagai fitnah. Kematian ibu Mazni yang di kasihi turut berpunca dari fitnah yang dilemparkan padanya. Jahat. Walupun Mazni mendapat pelbagai badai, dia tetap tidak lupa akan citanya, menjadi seorang doktor.
Perbincanagn hari ini dimulakan melalui pembentangan persoalan yang terkandung dalam novel ini. Salah satunya ialah persoalan kemanusiaan. Sikap iri hati terhadap kejayaan orang lain dalam kalangan Melayu.
Tiba –tiba cikgu bercerita pasal CRAB MENTALITY.
Apa itu CRAB MENTALITY?
Perkataan yang mudah bagi menggambarkan sikap masyarakat Melayu pada masa kini. Bukan nak mengata orang Melayu, tetapi nak menjelaskan keddukan kita pada masa kini. Berbalik pada CRAB MENTALITY,
Ketam. Hidupan yang Allah ciptakan dan memang enak dimakan. Cuba kita letakkan beberapa ekor ketam dalam sebuah bekas. Seekor ketam cuba memeanjat keluar dari bekas itu. Tiba-tiba, seekor ketam yang lain akan menarik ketam tadi dan ketam itu jatuh kembali kedalam bekas itu. Jadi, inilah pemikiran ketam. Tidak senang melihat usaha ketam lain. Pantang kalau ada ketam lain yang cuba untuk mengatasinya. Bukannya nak membantu, tetapi makin iri hati, walaupun rakan sendiri.
Allah dah bagi gambaran,
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (43:67)
Inilah bila kita jadi Melayu yang tanpa ada unsur Islam dalamnya. Tetapi bila kita jadi Islam secara menyeluruh, insyaallah, di situlah kebahagiaan yang dicari.
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (49:10)
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Jadi, tak kira siapa kita. Janganlah kita ada CRAB MENTALITY.




Sunday, November 8, 2009

LeK2 jangan TeNsiON

Gurau dan Canda Rasulullah SAW (^^,)

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang.
Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Saturday, October 31, 2009

10 Wasiat Hasan Al-Banna

ucapan terima kasih kepada pujangga x bernama krana ku temui artikel ini dalam laptopku secara x sengaja... semoga sama2 ambil iktibar

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Monday, September 28, 2009

kenapa kita jadi begini???

assalamualaikum...

tanggungjawab adalah amanah Allah kepada kita.
setiap kita ada tanggungjawab dan peranan masing2,
Allah dah cakap, manusia ni khalifah kat bumi.
Jadi, secara automatiknya, kita memang x terlepas dari tanggungjawab masing2,

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,

simple sentence but not all have done it,
x payah nak tunjuk orang lain, tengok diri dulu...
imbau balik sejarah lampau,
sebagai seorang ketua kelas dari tadika hingga ke darjah 4,
beralih ke pengawas darjah 5, 6,dan F4,F5,
tambah lagi, jadi penolong ketua pengawas 2,
pergh, memang berat.. x tahu macammana boleh terpilih...
waktu F4 dah putus asa dah nak jaga bebudak SEMESTI tu...
tapi, masih diberikan jawatan seberat itu...( nampak X seberapa pon kalau nak dibandingkan denagn MB) hahaha...
bila fikir balik, sepatutnya aku guna apa yang aku ada untuk melatih diri jadi lebih baik,
memang rasa x layak, tapi,Allah dah nak bagi peluang...
walau kita ketua naqib @ naqibah ke dulu, tokoh pelajar soleh @ solehah ke dulu,...
jangan jadikan sebagai beban, jadikan sebagai batu loncatan untuk kita mantapkan diri kita ...
Allah dah bagi kita peluang untuk kita berubah...
ingat,

JANGAN KITA ASYIK CARI JAWATAN(NAMA), INSYAALLAH ALLAH DAH TETAPKAN UNTUK KITA...

sebaik-baik perancang ialah ALLAH
jadi, gunakan apa yang kita ada dulu pada yang sewajarnya,
jangan rendah diri atau malu dalam perkasakan Islam kerana kita rasa kita tidak layak, lagi sekali,
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR, itu yang sewajarnya...
buka buku baru...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 2:216

Allahualam...

Saturday, August 15, 2009

ukiran berusia 19 tahun

Assalamualaikum....
Pada tanggal 15 Ogos 1990,
maka lahirnya seorang putera yang punyai impian ribuan kata...
Hari ini, genaplah 19 tahun kehidupannya sebagai seorang insan,
Sudahkah impiannya yang ribuan kata itu tercapai???
Makin hari, impian itu makin berkembang, makin bertambah,
Kalau dulu, aiskrim dan gula-gula dikejar,
Kini, adakah perkara yang sama tetap berlaku? Terus berlaku? Dan akan tetap berlaku?
Ataupun ia akan menjadi satu nostalgia masa lampau...
Namun begitu, nostalgia itu menjadi kisah dalam sejarah hidupku...
Sudah terpahat...
Semua orang akan lihat pahatan itu... ukirannya bagaimana???
Cantikkah? Bersihkah?
Ataupun,
Hodohkah? Kotorkah?

Masa makin berdetik... masih berdetik, makin lama makin pantas....
Pahatan 19 tahun sudah terukir...
Semua orang akan menelitinya...
Aku,
Sebagai empunya ukiran itu memerlukan pahatan yang baru,
Jiwa baru untuk ukiran itu,
kerana,
aku yakin ukiran dahulu perlu diatasi kehebatannya dengan ukiran yang baru...
Andai kecacatan itu ku ulangi, rupanya aku tak mengambil amaran si lampau...
petunjuk Mu dalam menentukn corak ukiranku ku damba setiap masa,
aku kini memulakan ukiran sesudah 19 tahun di IIUM...
adakah ini permulaan yang baik???
Ku begitu mengharap...
Tercabar diriku dalam mencipta ukiran untuk sedekad lagi...
I’m prefer by APACHE...
Sungguh memarak diriku dalam meneruskan ukiran itu...
Sahabatku... doamu membantu ku...
Walau apapun...
Ingatlah... haraplah RAHMAT dari PEMILIK ALAM INI...
Takbir...!

Sunday, July 5, 2009

JAPAN attacks MALAYA???



Assalamualaikum...


5 JULAI 2009, AHAD...

Japan attacks Malaya sekali lagi....


Ramai orang kene tangkap dan dibunuh...

Alasannya, nak kurangkan “population”

Aku, masa tu memang sangat takut...

Aku kene berkhidmat dengan seorang ketua Jepun...

Takut sangat buat salah sebab kalau aku buat salah, alamatnya, tak lama la hidup aku...

Memang sangat takut...


Rupa- rupanya...

Aku mimpi....

Fuhhhh... lega....

nasib baik mimpi je...

Ya Allah, tapi memang aku takut...

Sangat2 takut...

Bunyi macam kelakar je kan... tapi, serius, takut we....

Memang hidup ni tak lama dan yang paling takut lagi,

Mati ni kita tak tau bile masenya...

Unpredictable....

Takkan diawal, takkan dilambatkan... 15:5, 63:11

So... be prepared...

TAQWA is the most important one... 2:197

ZIKRUL MAUT...

Wallahualam...

Thursday, June 25, 2009

Boikot???

"Boikot...??
Xpayah kot....
Bukan ada kesan pun kat Israel ngan Amerika..
Negara2 tu dah kaya dah....
Walau kita boikot macam mana pun, x akan beri kesan...
Bahkan , mungkin akan melumpuhkan lagi ekonomi negara kita,”

Ini adalah antara pandangan rakyat Malaysia sendiri,
yang mana dia mengaku sebagai seorang Muslim...
dia tahu setiap mukmin itu bersaudara... 49:10,

tapi........
kenapa bila kita berkata tentang boikot ada yang masih berfikir sebegini rupa...
mungkin x pernah dngar crita pasal burung cuba nak padamkan api untuk bakar Nabi Ibrahim..
Nampak x da kesan, tapi semua itu Allah yang balas....
baik atau jahat, walau sekecil zarah pun Allah akan kira...
Jadi... mungkin sekarang kita x berapa tau sangat pasal Palestin,

Rasa macam dah aman je ek...
tapi , kita tau ke ape yang sebenarnya berlaku, kita rase ake apa yang diaorang rase,
kalaulah kita di tempat mereka......
jadi...boikot???

keep it up!!!


Friday, April 10, 2009

ucapan SaLaM....",

1.Pengendara sepatutnya mengucapkan salamkepada pejalan kaki dan kelompok yang beranggotaleih sedikitmengucapkan salam kepada kelompokyang beranggota lebih banyak

-Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yag dudukdan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jemaah yang beranggota lebih banyak. (sahih Muslim no. 4019)

2. Di antara hak muslim terhadap muslim lain adalah menjawab salam

-Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiringi jenazah. (sahih Muslim no. 4022)

3. Larangan memulai salam kepada Ahli Kitab dan cara menjawab salam mereka

- Hadis riwayat Anas bin Malik ra,:
Rasulullah saw. bersabda: apabila Ahli Kitab menucapkan salam kepadamu, maka jawablah Wa'alaikum. (sahih Muslim no 4024)

- Hadis riwayat Umar ra, ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka akan mengucapkan: "Assaamu'alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan :"Wa'laika" (semoga menimpa kamu). (sahih Muslim no. 4026)

- Hadis riwayat Aisyah ra.:
Sekelompok orang Yahudi meminta izin untuk menemui Rasulullah saw. lalu mereka mengucapkan: "Assaamu'alaikum" (kematian atas kalian). Aisyah menyahut: "Bal'alaikumussaam" (sebaliknya semoga kalianlah yang mendapatkan kematian).
Rasulullah saw. menegur: Hai Aisyah, Sesungguhnya Allah menyukai keramahan dalam segala hal. Aisyah berkata: Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah saw. bersabda: Aku telah menjawab: "Wa'alikum" (semoga menimpa kalian). (sahih Muslim no 4027)

4. Mengucapkan salam kepada anak kecil

- Hadis riwayat Anas bin Malik ra. :
Rasulullah saw. pernah melewati anak-anak lalu beliau mengucapkan salam kepada mereka. (sahih Muslim no. 4031)

Thursday, April 2, 2009

masa sedang menghimpitku...~

Bismillah...
Ya Allah, penat tak terkata,
sedang mengharungi hidup di kmb yang sangat mencabar
dan paling penting sibuk habis...
minggu ni penat dengan minggu e.d.i
(explore dunia Islam)
nampak gaya nya tak belajar la aku mingu ni...
cuba curi masa tapi masih gagal...
Allah uji aku kali ni dengan kepenatan, kelesuan...
peperiksaan dalam sebulan lagi...
sem lepas masuk jugak... banyak nak kene ulangkaji balik ni...
rasa macam nak nangis...
nak belajar pun malas...
tu yang saja nak post ni....

"masa ibarat pedang, kalau kita tak memancungnya,
nescaya ia akan memancung kita"

memang kene lah dengan pepatah arab ni....
Ya Allah....
memang Kaulah tempat pergantungan...
pedang masa dah dekat leher ni.....
tapi jangan putus asa Nazrul....
Nama ang Nazrul Hafiz....
penat mak ngan bapak ang tak tidur malam nak bagi nama ni..
bukan saja,saja....
takkan nak mengalah kot???
tarbiyahkan diri dengan ayat 12:87
yang len kalau rasa putus asa boleh la....
serius...
sedih habis...
nak nangis... penat!!!!!
ha, baru lega sikit....
sabar....sabar....sabar....

Friday, March 6, 2009

kekasih Allah... Kita???




Malu rasanya...
Mengatakan cinta...
Kepada dia, kekasih ALLAH...
Kerana dia, insan mulia...
Sedangkan diriku, insan biasa...

Kupujuk jua, hati dan jiwa...
Meluahkan rasa, cinta membara...
Didalam pujian, ucapan selawat...
Tanda penghargaan...
Seorang ummat...

Selagi upaya...
Kuturuti ajarannya...
Apa terdaya...
Kuamalkan sunnahnya...
Moga di dunia... mendapat berkat,
Di akhirat sana peroleh syafaat...

Kerana peribadinya...
Aku terpesona...
Kerna budinya...
Aku jatuh cinta...
Rindu ku padanya...
Tiada terkata...
Nantikanlah daku di taman syurga...

Ya Rasul....
Ku rindu padamu...
Syafaatkan daku...

Sesungguhnya apa,
Aku dambakan...
Adalah cinta...
ALLAH yang Esa...
Kerana cinta, kepada Rasullullah...
Bererti cinta, kepada ALLAH...


Memandangkan Isnin ni Maulidur Rasul...
Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk muhasabah diri kita...
Apakah sumbangan kita dalam menegakkan syiar yang dibawa oleh Rasulullah???

"Aku dah pergi dah perarakan maulud tadi... siap baris depan lagi... tulah tanda aku umat Muhammad..."
"Aku dah siapkan dah board pasal Nabi Muhammad..."
"Aku malam tadi tolong buat banner sambut Maulud.. sampai tak tido la... habis subuh aku kantoi... xpa kan???...."

Macam ni la ummat zaman sekarang... Sambut maulud macam sambut hari jadi member..
Macam tak ambil itibar langsung... sama la macam aku ni....

" Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." 9:128

Allah sendiri bagitahu dalam Quran macam mana sayangnya Rasulullah kepada ummat Baginda.. kita???... pikirla sendiri...

Thursday, February 26, 2009

Gol!!!@ GoAl....!!!~





Bismillah.....


Hari ni aku nak bagitau satu cerita yang kita mungkin tahu,
mungkin x tahu... atau buat2 x tahu...

bola...
makan bola, tidur bola, minum.....
coca-cola??

Eh, x boleh... Boikot!!!!
sebenarnya nak cerita pasal jersi bola....
sebelum tu, aku nak bagitahu,
aku ni kipas susah mati Liverpool...

Tapi,... Haaaa...
Nilah masalahnya... jersi dia aku x boleh pakai...
Ada lambang arak la....
Huhu...
Kalau pakai jugak mesti ramai tegur...
X pa... berkorban sikit....
Ha... tapi....
Ramai orang x perasan atau buat x tahu jer...

Kenal x AC Milan, Real Madrid, Spurs...

Ingat apa....
Dekat baju deme pun ada lambang penaja jugak...

Hahaha....(suspens)

Tahu ke sape penaja deme???

Semua adalah syarikat JUDI!!!!
Jadi, apa bezanya kalau kita x pakai baju Liverpool...,
Tapi pakai baju2 tajaan judi pulak....
Haaaa....

Sekaramg baru korang sedar,,...
Tergamam???

Kalau nak pakai jugak x tau la plak....
Lu pikir la sendiri....

Ingat HALAL HARAM...!!!
Minat bola minat jugak...
Tapi hati-hati....

Wassalam....

p/s:seronok tengok bola....tapi...
jangan sampai lupa tujuan utama hidup kita....


Saturday, February 21, 2009

kisah atuk & cucunya...

Pada suatu hari.... alamak macam bercerita la pulak.... Aaaa... ok..
Ada seorang atuk ni.. Dia selalu baca Quran....
Atukni... Pesan kepada cucunya..." Selalu la baca Quran... cucuku..."

"'Tapi,,,???"
Cucunya menyambung....
"Tuk.... kalau saya baca pun bukan saya dapat ape...bukan saya paham pun..."

Atuk yang penyabar ini dengan penuh kasih sayang mengusap kepala cucunya itu...

"Atuk nak minta tolong boleh cu???"
Cucunya menjawab... "boleh tuk... nak buat ape???"

Atuk itu mengambil sebuah raga yang digunakan untuk mengisi arang,
raga itu sugguh kotor & hitam....
Atuk itu meminta cucunya mengambil air dari sebatang sungai berhampiran dengan menggunakan raga kotor itu....

Tanpa berlengah... cucu itu pergi ke sungai itu dan menceduk air sungai itu menggunakan raga yang diber oleh atuknya....
Dengan berhati-hati cucu itu cuba membawa raga yang diisi dengan air kepada atuknya...

Malangnya...

Apabila sampai kepada atuknya... Air itu sudah tiada kerana rongga raga yang kotor itu tidak mampu menakung air...

Cucunya merungut,"Atuk,,, air dah menitis dalam perjalanan tadi..."

Tanpa menghiraukan rungutan cucunya, atuk itu meminta cucunya cuba sekali lagi...
Cucu itu kembali ke sungai dan menceduk air sekali lagi....
Setelah menceduk, cucu itu terus berlari ke arah atuknya agar air tidak habis kembali...

Malangnya... Usaha itu tidak berhasil...

Atuknya menyuruh cucu itu cuba sekali lagi...
Setelah beberapa cubaan... Cucu itu tetep gagal membawa air kepada atuknya...

Akhirnya cucu itu mengalah dan merungut...
" Atuk, mana mungkin saya mampu membawa air untuk atuk selagi saya masih menggunakan raga ini..."

Dengan lemah lembut, Atuk itu berkata...
" Cuba cucu tengok raga itu, sebelum ini kotor, tetapi sekarang sudah bersih....inilah jawapan untuk persoalan kamu...inilah berbezanya kalam Allah daripada yang lain,,,, Al-Quran tetap memberi kesan kepada pembacanya yang ikhlas walaupun dia tidak memahami maksud ayat-ayat itu.... Bila kalam Allah dilafazkan dengan hati yang ikhlas & penuh tawadu' Kegelapan hati yang selama ini bertahta, kekerasan hati yang bermaharajalela, Diterangkan, dilembutkan dengan alunan Kalam Allah yang agung...."

Allahualam...
Wassalam...

Saturday, February 7, 2009

Aku ni sebenarnya nak apa???


Assalamualaikum.... semalam aku ada pergi rapat umum aman Palestin kat
Bangi... ramai orang datang... Antara pemidato yang datang yang aku kenal ialah
Salahudin Ayub... entahla tak tau nak eje macam mana.. hahaha.. kenal ke siapa beliau ??
beliau adalah wakil rakyat Kubang Kerian... selain beliau... ada juga Wakil HAMAS..
sebagai sukarelawan bersama kawan2 aku yang lain... kami ditugaskan jaga keselamatan bahagian
penonton hadapan... sebelum tu, aku ada jumpa Azizi kawan aku masea kat Uniten... lama tak jumpa, teringat kisah dulu2... hahaha...berbalik kisah aku tadi,memandangkan aku jaga bahagian hadapan, jadi aku memang dapat tengok la ape yang terjadi dengan lebih fokus... seronok... mase aku jaga tu, aku dapat la rasa berdiri belakan Salahudin Ayub.. bangga pulak rasenye... rasa macam dah jadi ahli parlimen pulak.. hahaha... kutipan derma malam tu dalam RM150,000...

Baik, sekarang aku nak cerita aa yang sebenarnya aku rasa, harap korang semua dapat ambil iktibar...;
aku dengan kawan aku ada ambil gambar dengan wakil Hamas tu... Aku tengok muka dia tenang je, macam takde apa2 yang berlaku, bila aku tengok lagi sekali,aku rasa muka dia macam tak seronok ataupun aku boleh katakan yang dia rasa malu dan sedih... mungkin dia rasa yang budak yang bergambar dengan dia ni saja untuk gunakan gambar yang dia ambil sekadar untuk dihebohkan kepada kawan2 dia, yang dia dah bantu Palestin, senang kata tak ikhlaslah... kalau remaja macam aku ni tak ikhlas, mungkin gambaran kebangkitan Islam untuk akan datang perlu difikirkan semula, aisey... itu mugkin perasaan aku je.... tapi aku rasa memang terasalah dengan perkara tu...:(
Kedua, bila aku datang kat Bangi tu hati aku bercampur aduk... aku rasa niat aku datang sekadar nak jumpe kawan2, ataupun nak betul2 nak bantu Palestin, ataupun nak jumpe wakil rakyat, ataupun lepas habis rapat umum tu aku boleh tulis kat blog yang aku ni seorang "muslim yang sejati" ikhlas membantu untuk menyelamatkan Palestin....... ape yang aku nak sebenarnya???... ya Allah, beratnya ujian Mu...

Wassalam...

Friday, February 6, 2009

Nilah hari pertama aku untuk blog ni...

Aku mulakan dengan nama Allah dan Assalamualaikum,,,,
Susah nak cakap, orang buta it macam aku buat blog... hahaha
tengoklah... insyaallah aku akan kemaskini blog aku ni sebaik yang boleh..
bukan saja2 je aku nak guna bahasa melayu ni... nak rasa patriotik sikit...
kalau boleh nak kembalikan martabat bahasa mak dan bapak aku..
aku bukan ape, saja je... kalau boleh nak cube terapkan kembali penggunaan
bahasa melayu dengan betul... kalau tak macamnila jadinya..:

"I tak suke la u all mengapplykan bahasa malay kite like this..
it looks macam kte dah takda bahasa lagi dah yang we all kene protect...
I bukan nak ignore bahasa lain such as arab ke, english ke...etc.. tapi ..
I nak mentionkan yang bahasa kite makin lame makin rosak.. when bahasa
makin lame makn rosak... so jangan fikirla nak improvekan bangsa..."

Oleh hal yang demikian, cubalah kita jadi seorang yang memelihara bahasa,
tak kira bahasa apa pun, bila nak cakap melayu, cakap melayu,
bila nak cakap inggeris cakap inggeris...barulah nampak intelek sikit...
Harap sesiapa yang lawat blog ni, bimbinglah aku dan nasihatilah aku..
tegurlah...
hijrah itu sudah bermula dari alam nyata ke alam maya...
Wassalamualaikum...

First Day

Aku blaja ngn Lutfi bwat blog...thnx rrr....