Thursday, May 2, 2013

tukar, tukar dan tukar lagi

Assalamualaikum...



Menghitung hari ketibaan PRU13 yang bakal menjadi titik tolak landskap negara pada masa hadapan. Adakah kerajaan sebelumnya akan terus kekal berkuasa atau bermulanya tampuk pemerintahan kerajaan baru? Semua ini akan terjawab pada malam 5 Mei.


Saya merasakan, suatu keperluan untuk punyai kerajaan yang baru. Kerana 55 tahun berkuasa, menjadikan sesiapapun merasakan kuasa itu adalah haknya, bukan sebagai satu amanah. Dengan bertukarnya kerajaan, mereka yang dulunya berkuasa akan sedar kembali siapa mereka. 

Maka, rakyat akan menilai siapa yang mereka akan jadikan sebagai hamba. Memenuhi keperluan rakyat sebagai tuan. Pencapaian menjadi teras utama pemilihan. Maka, untuk melahirkan suasana ini, perluanya ada satu pertukaran tampuk pemerintahan. Bila? 5 Mei ini. 

Selesai sahaja mandat 5 tahun diberi, rakyat akan menilai kembali. Jika hamba itu tidak berpotensi. Rakyat akan tukar lagi, lagi dan lagi....

Kerajaan adalah hamba, rakyat adalah tuan. Allah adalah Tuhan kepada tuan.


Sunday, October 16, 2011

LiHaTLaH DeNGaN BiJaKSaNa...



Tika mana aku menukilkan bait-bait ini... Sebak di dada dan runsing di kepala. Macam-macam bende nak difikirkan, dari A sampai la ke Z... Allah... Penat, betol rasenyer. Macam-macam masalah ada, tapi teringat satu pesanan seseorang di dalam FB,

bila kita rasa kita diduga, bisikkan di hati bahawa dugaan ini sangat kecil... Ada lagi insan yang jauh lebih hebat diduga...

Tenang seketika...

Alhamdulillah, sepetang bersama alim ulama pondok yang datang menziarahi bumi Sheffield, membuatkan diri ini melihat dan berfikir akan segala perkara yang terjadi pasti datang dari kebijaksanaanNya.

Diberi analogi,

CABAI, CILI, LADA.. dll

andai kita hanya makan begitu sahaja, pasti kita akan rase pedas, tak tahan, mengalir airmata kerana kesakitan...

tetapi,

Apabila kita potong cili itu, tumbuk bersama belacan dan diperahkan sedikit limau, lalu dihidangkan bersama ikan bakar... Subhanallah, menangis juga kita, pedas, tapi tangan makin ligat menyuap nasi ke mulut bersama-sama cili dan ikan bakar. Menangis kerana nikmat.

Begitulah, apabila kita melihat dugaan hidup ini sebagai satu penyeksaaan, maka makin terseksalah kita.

tapi, apabila kita gaulkan ilmu yang kita terima, kefahaman yang ada bersama dugaan dan cabaran itu, kita melihat dugaan itu tidak lain tidak bukan suatu yang memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Kita semakin matang dalam hidup ini insyaAllah.

Allah uji kerna sayang.
Kerna rindu merdunya ratapan seorang hamba.
Merdu suara seorang hamba yang mengharapkan ihsan Penciptanya.

Sunday, September 25, 2011

Ku MeLiHaT, Ku MeRaSai, Ku BeRkOnGsi...



"No matter how many seas separate us,
I'm always standing by you,
Don't be afraid to advance,
Don't forget
We fight together... :)"

Naik bersawang blog ni. Adus...
Alhamdulillah aku diberi peluang membuang sawang-sawang ini dan memuatkan serba sedikit perkongsian. Mungkin tidak memberi kesan yang besar, tapi mema

dailah andai diri ini dapat berkongsi suatu.

Makin hari aku melihat cerita-cerita kat Malaysia (drama, movie dll) makin meluat dibuatnya. Hantu, Ganster, Hantu , Gangster... Bagi aku bukan hanya gelak tawa dan aksi yang dikejar semata-mata. Perlunya unsur yang mendidik jiwa dan pemikiran ditempatkan dalam cerita agar si penonton membuka mata dan memikirkan realiti hidup di dunia.

Aku sebenarnya sedikit kagum dengan cerita One Piece. Baru mengenali semenjak berada di bumi UK. Cerita kartun. (Ya, aku seorang peminat cerita-cerita animasi.) Tapi, nilai-nilai yang dibawa bersama bagi aku cukup memuaskan. ( perkarayang buruk-buruk jangan ikut :))


Taat kepada pemimpin
Hubungan antara saudara dan sahabat
Berpegang pada janji
Mempunyai impian
Tidak berputus asa
dll

Aku bukanlah nak mengatakan tidak ada nilai-nilai ni dalam c
erita-cerita Malaysia masa kini. Cumanya pembawaannya tidak memberi kesan ataupun tidak begitu ditonjolkan. Perlunya ada yang peka akan isu ini. Aku cukup setuju dengan kata-kata seorang ilmuan di UK yang menyatakan bahawa umat Islam pada masa kini tidak perlu memikirkan untuk membina masjid, umat Islam perlu memikirkan untuk memiliki media dan menguasainya. Kerna, dengan media, pelbagai mesej boleh disampaikan dengan mudah dan cepat. Allahualam.



Friday, February 18, 2011

SeNyUm SokMo ^_^



Pemuda : “Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati… ”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Sudah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA'.

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang…

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : BERCERMIN !!! hehe….

Sunday, January 23, 2011

BiLa HaTi iNi aLpA



Hati ini bukan organ semata-mata,
Aku lebih senang menyatakan bahawa hati ini adalah six sense ku...

Hati ini gusar kepada yang batil,
senang pula pada yang hak...

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."

Kerna, hati ini tidak pernah berbohong,
Andai hati ini berbohong maknanya hati ini sakit...

senang pada yang batil,
gusar pada yang hak.

Luka dan kotor yang tak nampak di x-ray,
tak mampu di kesan dek CT scanner...
namun hati ini tetap lemah dan tak berdaya...
pemilik hati ini,
sepatutnya sedar bahawa hatinya sedang sakit...
andai dia tidak sedar, sesungguhnya hatinya sudah mati.

Namun,
tidak ada penyakit yang tak mampu di sembuhkan,
sehinggalah ruh itu pergi menuju Ilahi.

Hati yang mati dihidupkan semula dengan nur hidayahNYa,
Hati yang sakit disembuhkan dengan mengingati Nya,
Namun, hati ini tidak mampu dihidupkan dan di sembuhkan;
andai pemilik hati ini berdiam diri semata-mata,
terbujur kaku mengharapkan Nur dan ubat dariNya,
dia meratapi kematian hatinya semata,
dia melihat kesakitan hatinya sahaja...

bangunlah wahai si pemilik hati,
carilah Nur dan ubat itu,
kerna hati itu amanah dariNya,

bila hati itu kembali sihat,
pemilik hati ini akan berkata,

"indahnya dunia walau jutaan badai melanda, Alhamdulillah"

kerna hati ini sudah terang visi dan misinya...(^-^)/

"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati."




Friday, December 31, 2010

IbRaH JUMS & SeLaMaT TaHuN BaRu !



minggu lepas baru pulang menghadiri JUMS (jalinan ukhwah musin sejuk) di Glasgow, Scotland.
banyak perkara mnarik yang berlangsung dan lebih suka saya ingin mengambil salah satu perkara yang begitu menarik perhatian saya di JUMS.

Di JUMS, cuaca sangat sejuk... lebih kurang -7 C..
tapi, ada satu disiplin yang perlu dilaksanakan oleh para peserta JUMS...
Para peserta tidak dibenarkan melakukan 3 perkara sepanjang program berlangsung;
  1. tidak dibenarkan memasukkan tangan kedalam mana-mana kocek @ poket
  2. tidak dibenarkan berpeluk tubuh
  3. tidak dibenarkan bercekak pinggang
andai di buat maka kene starjump 10 kali... maka denda perlu dibuat dengan ikhlas kerana kem komanden kata " ini urusan Antum dengan Allah"

Ya Allah.. sejuk tu... tapi kenapa mesti 3 perkara ni???

bila fikir balik, inilah dinamakan mujahadah...
Aku merasakan 3 perkara di atas sangat seronok dibuat pada waktu sejuk-sejuk macam ni...

tapi.. lagi sekali.. inilah mujahadah ku...

aku boleh ja melanggar perintah, tapi aku kene buat starjump...

aku boleh jer tak buat starjump... Tapi! Allah itu Maha Mengetahui...

inilah konteks mujahadah ku di JUMS...
memberi gambaran bahawa walau suatu perkara itu seronok di lakukan, walaupun aku tidak sengaja.. tapi aku perlu ingat bahawa aku di lingkungan pemerhatianNya...

Rasulullah pernah bersabda; (lupe hadith tapi point ada)

"Allah akan menggantikan kaum yang tidak pernah melakukan dosa dengan kaum yang melakukan dosa lalu kemudian mereka bertaubat"

Allah sukakan hambaNya yang bertaubat...

Kita sebagai manusia memang fitrahnya pelupa... lalu Allah kurniakan ihsanNya dan kasihNya kepada hamba-hambaNya dengan taubat.

Kita sebagai manusia memang suka bergaul mesra, bergambar bersama, beramah mesra... Allah tidak melarang tetapi adanya komitment dalam diri kita untuk memelihara diri kita dari fitnah manusia sendiri... sentiasa merasakan diri ini diperhati... perlunya berhati-hati...

manusia ini memerhati tetapi pemerhatiannya terhad...
ingatlah Allah juga memerhati dan Allah Maha Melihat...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (2:286)

semoga kita semua ambil ibrah dan saling berpesan kepada kebenaran serta kesabaran...

Selamat Tahun Baru 2011 dari saya... azam yang terbaik ",

Wednesday, December 29, 2010

SePeTaNG BeRSaMa TGAH @ SheFFielD




Alhamdulillah...
Berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat figure ulama yang tidak asing lagi,
Tuan Guru Abdul Hadi Awang...
di bumi Sheffield.

bukan untuk bercerita perihal politik,
tetapi lebih kepada perkongsian kerana ucapan yang diberikan oleh TG hendaklah kita teliti secara professional.

Pada malam tadi,
TG banyak menerangkan peranan PAS dalam masyarakat dan negara
di sini saya nyatakan beberapa isi penting yang dapat saya kongsikan:
  1. Pendirian PAS dalam politik iaitu politik adalah sebahagian daripada Islam dan bukan Islam sebahagian daripada politik.
  2. Kepentingan sebuah daulah islamiyyah.
  3. Keterbukaan PAS dalam menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia iaitu dengan bermuzakarah bersama parti atau persatuan lain khususnya UMNO.
  4. Stratergi dakwah PAS dalam politik iaitu dengan lebih fokus kepada Adun daripada Parlimen kerana PAS ingin menunjukkan contoh atau model kerajaan Islam menerusi negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS terlebih dahulu.
ketika penerangan TG,
beliau banyak menyelitkan sejarah dengan secara terperici bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada audience.

Antara ucapan beliau yang begitu menyedarkan diri ini;
  1. dipetik dari kata-kata ulama India, "Umat Islam tidur di dalam cahaya, dan orang kafir itu celik di dalam gelap"
  2. dipetik dari kata-kata Saidina Abu Bakar ketika ucapan beliau sejurus dilantik menjadi khalifah, "... benar itu amanah, bohong itu khianat..."
  3. dipetik dari kisah Saidina Ali ketika mana Saidina Ali di tanya mengapa ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman aman berbeza dengan pemerintahan beliau. Maka Saidina Ali mejawab:

    "rakyat ketika pemerintahan khalifah sebelum aku adalah seperti aku, tetapi rakyat ketika pemerintahanku adalah seperti kamu"


    Allahualam...